suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tahniah! Sabrina Ali selamat bergelar isteri bekas vokalis Handy Black Wanji Aswandi - “Kami rapat empat bulan lalu... akhirnya sampai seru”

Pasangan ini mula rapat sejak empat bulan lalu.

PELAKON Sabrina Ali selamat mendirikan rumah tangga dengan bekas vokalis kumpulan Handy Black, Wanji Aswandi pagi Sabtu lalu.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.30 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Sabrina Ali hanya terima watak sesuai

Pasangan itu kemudiannya diraikan dalam satu majlis sederhana di Seksyen 16, Petaling Jaya pada sebelah petang dengan kehadiran 70 ahli keluarga dan teman rapat.

Kami mula rapat sejak empat bulan lepas dan akhirnya sudah sampai seru kami untuk berkahwin

WANJI ASWANDI

PENGARAH AKSI LAGAK NGERI

Wanji, 42, yang juga pengarah aksi lagak ngeri filem Bunohan itu memberitahu, dia dan Sabrina sudah lama berkenalan mulai rapat sejak empat bulan lalu.

"Saya dah lama kenal dengan Sabrina sebab kami dalam industri yang sama.

"Kami mula rapat sejak empat bulan lepas dan akhirnya sudah sampai seru kami untuk berkahwin," katanya kepada mStar.



Sabrina bersama tiga anaknya.



Ini merupakan perkahwinan ketiga Sabrina atau nama sebenarnya, Sabrina Ali Dad Khan.

Hasil perkahwinan terdahulu, Sabrina mempunyai tiga cahaya mata iaitu, Ariyana, 12, Syed Aryan Khan, 9, dan Syed Adrian Khan yang kini berusia tujuh tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia