suria

Balkisyh terima nombor plat kereta sebagai hadiah daripada suami - “Selalu orang kahwin dapat kereta baru, saya pula dapat nombor plat”

Balkisyh terima hadiah nombor plat namanya.

SELEPAS selamat bergelar isteri, pelakon Balkisyh Semundur Khan menerima hadiah perkahwinan istimewa iaitu nombor plat kereta daripada suaminya, Mohd Nazri Zakaria.

Pelakon drama Mok Cun itu menganggap nombor plat dengan initial namanya BQK122 itu cukup memberi makna tersendiri buat dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Balkisyh mangsa keganasan rumah tangga, bawa anak tumpang rumah jiran

"Saya cukup terharu bila suami hadiahkan nombor plat kereta yang tertera nama saya, BQK122.

"Selalu bila orang kahwin dapat kereta baharu, saya pula dapat nombor plat itu yang cukup istimewa bagi saya.

"Mungkin harga nombor ini dalam ribuan ringgit, saya pun tak tanya dengan suami," katanya kepada mStar.

Balkisyh berkenalan dengan suami sejak tiga tahun lalu.

Balkisyh, 33, selamat diijabkabulkan dengan seorang penjawat awam, Mohd Nazri pada petang Sabtu.

Majlis akad nikah diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan dihadiri 20 tetamu.

Tambah Balkisyh, dia akan meletakkan nombor plat itu di kerata Honda City miliknya.

Selalu bila orang kahwin dapat kereta baharu, saya pula dapat nombor plat itu yang cukup istimewa bagi saya.

BALKISYH SEMUNDUR KHAN

PELAKON

Sementara itu, berkongsi perancangan selepas berkahwin, Balkisyh berkata, dia akan meneruskan kerjaya lakonan selepas mendapat keizinan daripada suaminya.

"Suami tidak akan menghalang saya untuk terus berlakon, malah dia galakkan lagi. Dia faham dengan kerja saya dan tak cemburu bila saya ada babak-babak romantis dengan pelakon lelaki.

Balkisyh bersama dua anaknya.

"Dia yang menjadikan saya manusia kuat seperti hari ini. Bila saya pernah melalui pelbagai masalah sebelum ini dia sentiasa ada dengan saya.

"Saya cukup bertuah dapat suami seperti dia," katanya.

Balkisyh pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengarah drama, Mohd Aizad Rosli pada 2007 namun disahkan bercerai pada 5 September 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qalesya, 9, dan Muhamad Nor Qaisyh yang kini berusia empat tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu