suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan sombong, Tya Ariffin rabun jauh... Minta maaf jika tak balas senyuman

Tya jawab tuduhan dirinya sombong dengan peminat.

PELAKON dan usahawan Tya Ariffin tampil memohon maaf susulan dakwaan segelintir netizen yang melabelkan dirinya bersikap sombong dan enggan melayan peminat untuk bergambar.

Tya atau Nurtria Wulandari Ariffin, 32, menjelaskan dia tidak pernah berniat untuk bersikap seperti didakwa, sebaliknya ia disebabkan masalah rabun yang menyebabkan penglihatannya sedikit terbatas.

"Sejujurnya, ini dari dalam hati saya yang Tya tak pernah ada niat macam itu. Sebelum ini pun saya dilahirkan daripada keluarga yang sederhana, permulaan perjalanan tidak mudah dan masih jauh. Jadi berniat sengaja nak sombong itu memang bukan dari diri Tya.

Tya berkongsi perkara itu di Threads miliknya. 

"Sebenarnya Tya ada masalah rabun jauh, jadi perlukan kanta lekap atau kaca mata untuk tengok orang dengan jelas.

"Kalau Tya tidak pakai kaca mata atau tak balas senyuman kalian, saya minta maaf sangat-sangat. Memang Tya tak nampak kerana rabun jauh," katanya menerusi satu hantaran di Threads. 

Mengulas mengenai dakwaan dia tidak mesra dan sukar didekati peminat, Tya mengakui dirinya agak 'introvert' dan tidak pandai bergaul dengan individu baru dikenali.

ARTIKEL BERKAITAN: Berjauhan dengan anak-anak berbaloi, Tya Ariffin berjaya tamat kursus pendek di Universiti Oxford

ARTIKEL BERKAITAN: Tya Arifin selamat bersalin anak ketiga, beri nama Aghnia Amira Jiwa

"Tya ini juga sebenarnya seorang yang 'introvert', tidak begitu pandai berkawan. Kawan pun boleh dihitung dengan jari sejak dari zaman sekolah sampai ke hari ini.

"Untuk kalian yang kenal Tya secara peribadi, insya Allah akan tahu Tya seorang yang macam mana," ujarnya. 

Jelas Tya, dia menganggap teguran dan tohmahan yang dilemparkan sebagai ruang untuk dia terus memuhasabah diri ke arah yang lebih baik.

Tya minta maf kepada peminat yang menganggap dirinya sombong. 

"Kepada sesiapa yang sebelum ini ada pengalaman tak baik dengan Tya, saya minta maaf sekali lagi.

"Tya bukanlah orang yang sempurna, masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan Tya akan berusaha untuk memperbaiki diri jadi lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, nama Tya menjadi bualan di platform media sosial selepas beberapa pengguna mendakwa dia bersikap sombong apabila ditegur dan menolak pelawaan untuk bergambar.

 

 

 

Artikel Lain