suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada istilah ‘badi’ juara, Nabila Razali percaya usaha penentu kejayaan dalam industri

PENYANYI Nabila Razali menyifatkan tiada istilah 'badi juara' bagi mana-mana peserta yang menjuarai program realiti kerana kejayaan seseorang dalam industri bergantung kepada usaha dan kesungguhan mereka selepas pertandingan berakhir.

Menurut Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 34, gelaran juara bukanlah jaminan untuk seseorang itu terus kekal relevan, sebaliknya setiap penyanyi perlu bekerja keras bagi membuktikan kemampuan masing-masing.

"Kalau nak cakap fasal badi juara itu saya rasa tiada perkara seperti itu.

"Kalau juara tu juaralah, semuanya dah ketentuan. Pada akhirnya lihat pada usaha mereka buat selepas itu.

"Mungkin juga ada yang bukan juara sedar mereka tak menang jadi ada pemikiran kena usaha kuat, tapi bakat pun penting juga," katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai tanggapan seseorang penyanyi perlu memiliki aura tersendiri untuk bertahan dalam industri seni, Nabila berkata perkara itu bukan sesuatu yang boleh dimiliki dalam sekelip mata.

Sebaliknya, penyanyi Balas Baik itu berkata aura terbentuk melalui pengalaman, disiplin dan usaha berterusan dalam memperbaiki diri.

"Aura bukan satu benda yang boleh dibeli atau dicari, tetapi boleh dibina secara perlahan-lahan.

"Apapun berbalik pada usaha. Kalau diri sendiri malas untuk jadi lebih baik, itu menunjukkan tahap keinginan dia untuk berjaya dalam industri," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi