suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Majikan tindas pekerja ibarat tutup periuk nasi sendiri - Dazrin Kamarudin

PELAKON dan usahawan Dazrin Kamarudin menasihatkan golongan majikan agar tidak mengambil mudah hak pekerja kerana kejayaan sesebuah syarikat turut bergantung kepada sumbangan dan usaha mereka.

Menurut Dazrin, 38, setiap individu mempunyai rezeki yang telah ditetapkan dan majikan seharusnya menghargai pekerja yang membantu mengembangkan perniagaan.

"Setiap tapak kaki manusia ada rezeki masing-masing. Kadang-kadang berjayanya sesebuah syarikat itu adalah disebabkan rezeki pekerja.

"Contohnya, kalau majikan menindas pekerja, ia seolah-olah menutup periuk nasi sendiri kerana tidak memberikan hak yang sepatutnya kepada mereka.

"Kalau sudah ada pekerja, jangan aniaya mereka. Jika itu memang hak mereka, berikan sahaja dan jangan tindas," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi