suria

Aaron Aziz tak berdiam, ambil tindakan ‘fake account’ komen jahat libatkan keluarga

MENERIMA pelbagai komen jahat termasuk diminta pulang ke Singapura serta kata-kata berbaur lucah terhadap ahli keluarganya, pelakon Datuk Aaron Aziz memberitahu dia sudah mengambil tindakan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa.

Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 50, bagaimanapun berkata individu berkenaan kemungkinan sukar dikesan kerana menggunakan akaun palsu di media sosial.

“Benda ini sudah pun menjadi kes polis. Tapi ia susah untuk dijumpai siapa pemilik akaun tersebut kerana akaun palsu. Maksudnya tidak menggunakan maklumat peribadi sendiri.

“Bagi saya, komen negatif itu tidak mengapa tetapi janganlah nak ugut-ugut. Kena ada hadnya. Kalau melibatkan saya, tidak mengapa. Jangan tarik keluarga saya,” katanya kepada mStar.

Aaron memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa sidang media pelancaran filem Black Ops pada Selasa.

Selain Aaron, pelakon lain yang membintangi filem tersebut adalah Sharnaaz Ahmad, Andy Teh, Hisyam Hamid dan ramai lagi.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi