DISEBALIK kepercayaan dan amalan tradisi yang masih diamalkan dalam masyarakat, pelakon Alya Iman tetap pendirian menolak kepercayaan penggunaan susuk sebagai jalan pintas untuk cantik.Alya atau Nur Alya Iman Azmil, 25, berkata dia sama sekali tidak mempercayai ritual penggunaan susuk boleh membantu seseorang untuk kelihatan cantik dan disukai ramai. "Sesungguhnya saya tidak percaya fasal susuk ini. Memanglah wujud amalan susuk ini dalam masyarakat kita. Alya lebih percaya kepada aura positif secara semula jadi."Tapi bagi diri saya sendiri, saya tidak percaya pakai susuk untuk jadi cantik atau orang suka pada kita. "Saya sentiasa percaya apa saja yang kita lakukan, semua ada akibatnya tersendiri," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Alya menjelaskan dia juga tidak pernah didorong oleh mana-mana pihak untuk mencuba amalan berkenaan, malah tidak pernah terlintas untuk melakukannya.ARTIKEL BERKAITAN: Alya Iman tak main Threads, benci ramai toksikARTIKEL BERKAITAN: Impian berlakon filem akhirnya tercapai, Alya Iman sebak terkenang arwah ibu dan bapa"Kalau tanya orang disekeliling saya juga tidak pernah menyarankan saya untuk melakukan perkara-perkara seperti ini (pakai susuk). "Saya pun tak pernah terfikir nak buat benda tu. Setakat ini saya memang tak ada pengalaman bertemu dengan orang-orang yang mengamalkan amalan memakai susuk ini," ujarnya. Sementara itu, Alya berpandangan aura positif boleh dibentuk menerusi cara pemikiran dan pembawaan diri seseorang individu. Saya sentiasa percaya apa saja yang kita lakukan, semua ada akibatnya tersendiri. ALYA IMANPELAKONUjarnya, persekitaran dan orang sekeliling juga memainkan peranan penting dalam menyerap tenaga positif."Saya lebih percaya kepada aura positif. Kalau nak ada tenaga positif, orang-orang sekeliling kita perlu sentiasa mempunyai aura positif. "Kalau orang sekeliling penuh dengan aura negatif maka benda buruklah yang akan datang kepada kita.Alya merupakan pelakon utama filem Pewaris Susuk."Disebabkan itu saya pilih circle sendiri, cara bawa diri. Bagi saya kalau kita ada aura positif, benda baik-baik saja yang akan datang," katanya. Dalam perkembangan lain, Alya kini sedang sibuk mempromosikan filem Pewaris Susuk yang sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.Selain Alya, filem tersebut turut dibintangi Rosyam Nor, Sarimah Ibrahim, Trisha Ooi, Hairie Othman dan Aleza Shadan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!