suria

Semakin pulih selepas pemindahan buah pinggang, Along Eyzendy akur terpaksa letak batasan dalam lakonan 

Along menerima buah pinggang daripada isteri tersayang Hamidah Mohd. Yatim tahun lalu.

SEKIAN lama menyepi, pelakon Along Eyzendy sudah bersedia kembali dalam dunia lakonan selepas menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang 15 April tahun lalu.

Along atau Mohd Eyzendy Mohd Azizi, 42, berkata, dia banyak menerima pertanyaan tentang keadaan terkininya selepas menjalani pembedahan itu selain ditanya sama ada dia akan kembali aktif dalam bidang lakonan atau pun sebaliknya.

"Ramai bertanya dah boleh berlakon ke? Dah sihat ke? Insya Allah boleh tapi jangan bagi saya babak pergaduhan sahaja.

"Kalau saya pukul orang itu mungkin boleh tetapi orang tak boleh pukul saya takut memberi tekanan pada badan," katanya.

Along Eyzendy pastikan penggambaran tak jejaskan kesihatan.

Along berkata demikian ketika ditemui pada sidang media teater Nyonya di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada Khamis.

Terdahulu kisah Along menjadi perhatian ramai apabila isterinya, Hamidah Mohd. Yatim, 38, mendermakan buah pinggang kanannya.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 sebab wajib tonton 'Busut Bonang', komedi seram buat anda tiada masa ke tandas!

ARTIKEL BERKAITAN: Along Eyzendy Mengaku Ditahan Dalam Operasi Polis

Buah pinggang itu kemudiannya dimasukkan ke bahagian kiri buah pinggangnya dan pembedahan itu berjaya apabila organ itu berfungsi dengan baik.

Dalam pada itu, Along memaklumkan dia sudah mula menjalani penggambaran namun sentiasa memastikan kesihatannya terjaga.

Meskipun merasakan dirinya mampu melakukan lebih daripada sepatutnya namun dia terpaksa akur dengan keadaan dirinya selain perlu berhati-hati agar tidak timbul sebarang komplikasi.

Kena jaga makan minum, dan cukup tidur elak rasa tak sedap badan.

ALONG EYZENDY

PELAKON

"Sebenarnya selepas enam bulan pembedahan saya sudah mula menjalani penggambaran malah pernah berada di lokasi selama 15 jam tapi kena jaga makan, minum dan cukup tidur.

"Kalau tak cukup tidur, dia akan rasa tak sedap badan dan juga sakit di bahagian tempat pembedahan.

"Ikutkan hati saya redah sahaja tapi badan tak berapa kuat dah," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain