PERKARA paling ditakuti ketika melancong ke luar negara adalah sakit secara tiba-tiba.
Seorang wanita tular di Threads selepas berkongsi pengalaman terkena keracunan makanan di Indonesia.
Wanita itu berkata, kesakitan dialaminya begitu teruk sehingga membuatkan dia berasa trauma untuk kembali ke negara tersebut.

Pelancong pastinya tidak melepaskan peluang untuk menikmati hidangan tempatan ketika berkunjung ke negara orang. -Gambar hiasan
"Tolonglah, saya trauma gila pergi Bandung. Saya tak akan pergi Indonesia dalam lima tahun akan datang.
"Bye-bye Indonesia untuk sekarang. Untuk rekod, saya tak pernah keracunan makanan di mana-mana negara yang saya kunjungi.
"Ini kali pertama dan keracunan makanan itu sangat teruk," kongsi wanita itu lagi.
- Wanita tular di Threads selepas kongsi pengalaman buruk di Bandung.
- Dia mengalami keracunan makanan selepas menjamu selera di sebuah restoran.
- Dia berkata restoran itu terkenal dalam kalangan orang Malaysia.
- Dia mendakwa air dan udara di sana juga kotor.
- Beberapa netizen turut akui pernah berdepan kejadian sama.
Menurutnya lagi, dia mengesyaki keracunan makanan itu berpunca daripada sebuah restoran yang popular dalam kalangan warga Malaysia.
"Restoran yang saya pergi ni semua rakyat Malaysia pergi. Susah nak elak. Saya tak rasa sebab restoran semata-mata.
"Semua benda di sana, kualiti air teruk, udara tercemar dengan perokok dalam kedai makan.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Influencer keracunan makanan dalam pesawat, mohon maaf punca penerbangan dibatalkan! Elak perkara ini sebelum pelepasan
ARTIKEL BERKAITAN: Tak ramai nak cerita tentang ‘dark side’ Bali, hanya kongsi momen indah... Pelancong kena hati-hati sebelum minum air!
"Saya punya keracunan makanan ni sampai rasa macam sakit influenza pun ada. Sakit tarik urat, siap rasa withdrawal symptoms," kongsinya.
Tambah wanita ini lagi, dia terpaksa menggagahkan diri menaiki pesawat untuk penerbangan pulang ke Malaysia dalam keadaan tidak sihat.
Di ruangan komen, beberapa netizen turut berkongsi kisah mereka yang pernah berdepan pengalaman lebih kurang sama.

Pelancong perlu menjaga kesihatan sebaiknya ketika berada di negara orang. -Gambar hiasan
"Teringat masa belajar di Bandung dulu. Bulan pertama duduk sana, memang sakit perut je sampai keluar masuk hospital.
"Bulan lepas adik saya pergi Jakarta dan Bandung, dia kena keracunan makanan dekat Bandung.
"Aku orang Indonesia duduk dekat Jakarta pun malas pergi Bandung. Tak berbaloi untuk melancong ke sana," tulis beberapa netizen.


