SEORANG isteri meluahkan rasa kecewa apabila rumah tangganya bukan sahaja tidak bahagia, malah membuatkan dirinya sangat tertekan.
Menerusi perkongsian di Thread, wanita tersebut menceritakan tentang pasangannya yang didakwa terlalu pemalas, pengotor dan tidak bertanggungjawab sebagai suami dan bapa.
Menurut wanita itu, suaminya langsung tidak menjaga kebersihan diri dengan hanya mandi sekali sehari.
Rumah tangga akan porak peranda jika salah seorang pasangan bersikap pengotor. -Gambar hiasan
Selain itu, lelaki itu juga digambarkan sebagai seorang yang malas menggosok gigi dan sering memakai pakaian dalam serta baju kerja yang sama berhari-hari sehingga berbau masam.
"Kencing pun kadang-kadang tak basuh. Saya masuk je tandas mesti bau hancing, dia memang malas nak siram.
"Pernah beberapa kali dia kencing dalam singki dapur. Saya yang jadi bibik, kena cucikan. Tak kira lagi masa dia berak," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai bernanah ‘bawah’ tu” - Isteri stres suami pengotor warisi sikap mentua, suka guna tuala tak cuci
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita teruja suami bangun tidur, bau mulut ‘sedap gila’! Rupanya ramai isteri ketagih - “Macam baby versi besar”
Tambahnya, lelaki itu juga suka meletakkan baju kotor merata-rata dan mencampurkan pakain bersih dengan yang busuk.
Selain itu, wanita tersebut juga mendedahkan bahawa suaminya langsung tidak memberikan nafkah zahir mahupun batin.
Orang normal tak pakai seluar dalam tak basuh hari-hari.
WARGA MAYA
Malah, segala urusan anak-anak termasuk menghantar, menjemput, membeli susu, lampin serta membayar pengasuh semuanya ditanggung olehnya sendiri, walaupun dia turut bekerja.
“Saya minta duit pun kadang kena mengemis baru dia bagi. Tapi peliknya bila periksa telefon, tiada pula bukti dia main perempuan. Dia bukan ambil dadah, tapi sekarang dah mula minum air ketum," dakwanya.
Suaminya juga dikatakan tidak menyokong langsung usahanya untuk berdikari.
Reaksi netizen
“Saya penat. Saya harap sangat ada perempuan lain yang sudi ganti tempat saya, sebab saya dah tak larat nak hadap semuanya seorang diri," katanya.
Netizen yang membaca luahan itu bagaikan tidak percaya terdapat lelaki yang pengotor sedemikian.
"Orang normal jarang macam ni kak.
"Sakit mental kot? Sebab orang normal tak pakai seluar dalam tak basuh hari-hari," antara komen warga maya.