SEORANG wanita meluahkan rasa tertekan dengan jiran yang kerap berkunjung ke rumah ibunya sehingga dia yang sedang menjalani tempoh berpantang berasa terganggu dan tiada privasi.
Menurut wanita berkenaan, dia yang baru bersalin kini tinggal di rumah ibu memandangkan suaminya terpaksa bertugas di laut untuk tempoh yang lama.
Namun jiran lelaki yang berstatus duda setiap hari bertandang ke rumah, membuatkan dia berasa tidak selesa.
Amalan berpantang selepas bersalin sudah menjadi tradisi dalam masyarakat Melayu. -Gambar hiasan
"Kita pun ada aurat nak jaga. Tak kan nak pakai tudung 24 jam dalam rumah mak sendiri," luahnya.
Walaupun sudah beberapa kali memberi isyarat tidak selesa seperti menutup pintu kuat-kuat dan menegur secara halus, jiran berkenaan tetap datang seperti biasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak saran pati haruan, gamat... Wanita bersalin czer kongsi pengalaman berpantang, luka cepat sembuh
ARTIKEL BERKAITAN: Teruja sambut cucu sulung tapi mentua merungut jaga menantu berpantang... Suami hanya menangis tak tahu buat apa
"Dia suka bercakap dengan nenek saya kat luar. Kadang tiada apa-apa terus jengah dalam rumah, dah banyak kali macam ni.
"Kita nak keluar pun tak boleh. Dah suruh mak dan nenek tegur, tapi mereka pun serba salah sebab takut bermasam muka," katanya.
Kalau rumah famili ni memang susah la nak tegur sebab bukan rumah sendiri.
NETIZEN
Memburukkan lagi keadaan, duda tersebut bukan sahaja datang seorang diri, malah ditemani seorang lagi jiran wanita yang lebih berusia.
"Yang perempuan siap datang tidur rumah sekali sekala. Alasannya takut tidur sorang-sorang. Pelik-pelik je jiran mak aku ni," katanya.
Reaksi netizen dan jawapan balas wanita berpantang.
Sementara itu, netizen pula berpandangan masalah yang dialami wanita itu sukar diselesaikan kerana ibu dan neneknya melayan baik jiran berkenaan.
"Benda macam ni orang lelaki sebenarnya yang kena tegur. Kalau rumah famili ni memang susah la nak tegur sebab bukan rumah sendiri, susah juga masalah awak ni.
"Kunci pintu. Cakap nenek tak payah lepak luar, bahaya," katanya.