BERGELAR ibu tunggal dan menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga bukanlah satu tugas mudah.
Keadaan menjadi semakin sukar apabila kehidupan harian turut dibelenggu masalah kewangan seperti dialami wanita ini.
Situasi getir yang dialami itu membuatkan dia berhasrat memberhentikan persekolahan anaknya.
Sekolah merupakan tempat murid menimba ilmu, mendapat pendidikan sahsiah dan akhlak. -Gambar hiasan
Bagaimanapun katanya, pemberhentian itu bukanlah untuk selama-lamanya tetapi bersifat sementara sehingga kewangannya kembali pulih.
"Jika saya berhentikan anak sekolah buat sementara waktu disebabkan tiada pendapatan tak apa ke?
"Sekarang memang buntu sangat sebab van sekolah, belanja harian dan bil air yang tertunggak... makanan harian lagi," luahnya menerusi media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita risau trend ‘halalkan’ anak ponteng sekolah sebab balik kampung... Sekali ‘diserang’ geng ibu bapa, guru
ARTIKEL BERKAITAN: Makin parah! Budak sekolah rendah mula terjebak hubungan sejenis... Wanita terkejut lepas ‘spot check’ telefon anak buah
Menyedari ia bukanlah pilihan terbaik, namun bagi pengadu, dia perlu melakukannya buat sementara waktu kerana usaha mendapatkan bantuan belum berhasil.
Jelasnya, proses permohonan zakat perlu melalui beberapa peringkat tertentu sebelum kategori pemohon disahkan bagi memudahkan penyaluran bantuan.
"Saya dah buat permohonan zakat, saya dah pergi ke sekolah dan berbincang dengan guru besar berkenaan masalah dialami.
Tolong jangan berhentikan anak-anak dari sekolah, kita cuba selesaikan sikit-sikit masalah.
WARGA MAYA
"Zakat memang ada dua langkah sebelum mereka kategorikan kita di bahagian mana seperti miskin dan fakir miskin.
"Selepas dapat keputusan tu, barulah saya boleh mohon bantuan apa yang zakat cadangkan mengikut masalah dialami," ujarnya yang merupakan ibu kepada lima cahaya mata.
Menurut wanita ini, pemberhentian sekolah melibatkan dua anaknya itu turut berpunca daripada faktor pengangkutan.
Warga maya mendoakan supaya segala urusan pengadu dipermudahkan.
Katanya, bayaran bulanan van sekolah anaknya sudah tertunggak sebanyak tiga bulan sehingga pemilik kenderaan menggantikan kuotanya dengan murid lain.
Luahannya itu ternyata mengundang simpati daripada warga maya.
Ramai yang cuba membantu dalam usaha menghalang wanita ini daripada memberhentikan anaknya daripada persekolahan.
"Tolong jangan berhentikan anak-anak dari sekolah, kita cuba selesaikan sikit-sikit masalah.
"Tolong bertahan dan cari jalan ya, jangan wariskan kesusahan pada anak-anak. Sekolah penting, ilmu penting untuk masa depan mereka.
"Saya doakan semoga sis dan anak-anak dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Semoga Allah keluarkan sis dan anak-anak dari kesulitan yang dialami," demikian antara reaksi warga maya.