suria

Tak saran pati haruan, gamat... Wanita bersalin czer kongsi pengalaman berpantang, luka cepat sembuh

Amalan berpantang selepas bersalin sudah menjadi tradisi turun temurun terutamanya dalam masyarakat Melayu. -Gambar hiasan

MELAHIRKAN bayi melalui kaedah pembedahan caesarean (czer) bukanlah sesuatu yang mudah. 

Selain terpaksa menahan kesakitan selepas bersalin, para ibu juga perlu memberi perhatian penuh terhadap penjagaan luka pembedahan agar cepat sembuh dan tidak mengalami jangkitan.

Memahami situasi dihadapi kebanyakan ibu yang bersalin menerusi kaedah ini, seorang pelayar Facebook, @NurulAkma tampil berkongsi tip berpantang dan cara penjagaan luka czer berdasarkan pengalamannya sendiri. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai suka kencing sambil mandi, tak sedar bahaya menanti... Orang perempuan pun sama, ada risiko jangkitan kuman

Perkongsiannya yang meraih lebih 5,000 shares bertujuan memberi panduan berguna kepada ibu-ibu baharu dalam menjalani proses berpantang dengan lebih selesa dan selamat. 

Jom ikuti tip yang dikongsikannya: 

1. Ubat tahan sakit

-  Jangan lupa stand by beli ubat tahan sakit di farmasi kerana kebanyakan hospital kerajaan menyediakan Paracetamol. Ubat tahan sakit bertujuan membendung kesakitan seusai hilang ubat bius.

Pembedahan caesarean biasanya dilakukan apabila kelahiran secara normal berisiko. -Gambar hiasan

2. Makanan dan minuman

- Tidak disarankan mengambil pati ikan haruan atau gamat kerana dibimbangi risiko luka terlampau cepat bertakup dan isi menempel dengan organ dalaman.

3. Bengkung

- Tidak disarankan memakai bengkung kerana hanya menambahkan sakit pada bahagian luka. Boleh cuba pakai enam hingga lapan bulan selepas bersalin.

4. Mandi

- Mandi saja seperti biasa, cuma jangan sapu sabun pada bahagian luka. 

- Selepas mandi dan lap badan dengan tuala, gunakan pengering rambut untuk mengeringkan kelembapan pada bahagian luka. Elakkan guna kipas angin kerana dikhuatiri debu atau kotoran dari bilah kipas melekat pada luka.

confinement lady- Penjagaan Ibu Dalam Pantang- berurut, bertungku dan makanan orang bersalin. — AZLINA ABDULLAH/ The Star

Mengambil makanan yang berkhasiat dapat membantu proses pemulihan luka caesarean. -Gambar hiasan

5. Pergerakan

- Jangan hanya terlentang di atas tilam, cuba bergerak perlahan-lahan di dalam rumah. Disarankan tidur di atas katil untuk mudah bangun daripada posisi baring. 

6. Bersin, batuk dan berdehem

- Sememangnya tiga perkara ini membuatkan luka berdenyut-denyut. Untuk mengurangkan kesakitan, cuba peluk bantal dan batuk kecil. Sekiranya ingin terbersin, cuba peluk bantal dan picit hidung untuk mengelakkan terbersin dengan kuat.

Ibu yang sedang berpantang harus mendapat rehat yang secukupnya. -Gambar hiasan

7. Suntikan Heparin

- Jangan lupa menghabiskan suntikan Heparin. Suntikan ini adalah untuk mencairkan darah, bertujuan untuk mengelakkan darah beku yang amat bahaya kepada ibu-ibu selepas bersalin.

8. Jangan angkat benda berat 

- Ada kalanya mahu mengangkat bayi sendiri pun tak boleh. Sememangnya ia menyedihkan namun ingatkan diri untuk bersabar dan utamakan pemulihan. Minta bantuan suami atau ahli keluarga.

9. Sokongan suami

- Dalam kesemua tip di atas, ia hanya akan berjaya dengan sokongan suami. Ini kerana pergerakan ibu selepas melahirkan anak sememangnya terbatas. Bantuan suami bukan hanya dapat mengurangkan kesakitan tetapi sedikit sebanyak dapat meringankan beban emosi dan fizikal yang ditanggung oleh si isteri.

 

Artikel Lain