suria

Mak ayah latih anak 4 bulan sebelum travel naik flight 13 jam... Si kecil selesa, penumpang lain tak terganggu

Salah satu cara yang dikongsikan adalah melatih anak duduk di dalam 'carseat' untuk membiasakannya dengan perjalanan jauh. -Gambar hiasan

MEDIA sosial hangat dengan perdebatan warga maya susulan video memaparkan sepasang suami isteri rimas apabila terdapat kanak-kanak menangis sepanjang perjalanan ketika menaiki feri. 

Ada yang menyokong pasangan tersebut kerana merasakan setiap orang ada hak untuk menikmati perjalanan dengan tenang, manakala ramai juga yang menyebelahi ibu bapa berkenaan.

Situasi ini berkait rapat dengan empati serta tolak ansur orang sekeliling, namun dari sudut lain, ia menyentuh peranan ibu bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak saran pati haruan, gamat... Wanita bersalin czer kongsi pengalaman berpantang, luka cepat sembuh

Dalam satu hantaran di Facebook, pelayar @nezteboyer berkongsi tip mengendalikan anak kecil termasuk menaiki pengangkutan awam. 

"Apabila mereka berumur dua hingga tiga tahun, kami tidak membiarkan mereka berlari-lari, menjerit dan menjadi gangguan awam. 

child safety in flight, cute little girl flying by plane, patient kid ready to take offIbu bapa seharusnya membuat persediaan sebelum membawa anak menaiki pengangkutan awam. -Gambar hiasan

"Kami bergilir-gilir makan, dan yang lain bergilir-gilir menjaga anak-anak kami. Jika ia terlalu sukar untuk dikendalikan, sebaiknya duduk di rumah," tulisnya.

Individu ini turut berkongsi pengalaman membawa anak kecilnya yang ketika itu berusia tujuh bulan menaiki pesawat dengan masa penerbangan selama hampir 13 jam ke Paris.

"Empat bulan sebelum berlepas, kami sudah praktis bawa anak duduk dalam kereta dan guna 'child seat'. Kita mula dengan 30 minit, hari demi hari naik ke 60 minit, dua jam seterusnya. 

"Kita sediakan susu, makanan, pakaian, mainan, buku bergambar, buku warna warni. Pendek kata biar anak jadi kebiasaan... expose dengan keadaan bunyi, duduk, pergerakan. 

"(Ketika penerbangan), kami hadiahkan gula-gula, ear plugs dan nota kepada penumpang yang duduk berhampiran kami.

"Apabila di khalayak, ia adalah tentang menghormati orang lain di sekeliling kita juga. Begitu juga dengan perjalanan melalui udara dan atau mana-mana pengangkutan awam lain," tulisnya lagi.

 

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia