BAGI anak perantau yang menetap jauh di luar negara, komunikasi berterusan dengan keluarga sangat penting bagi mengubat kerinduan.Namun, seorang wanita Malaysia yang bekerja di Emiriah Arab Bersatu (UAE) meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila mendakwa keluarganya langsung tidak menghiraukan situasi tegang yang berlaku di sana. "Aku menangis teresak-esak apabila beritahu keluarga di Malaysia tentang missile yang dipintas dekat kawasan rumah. DI sini tengah perang. Tapi tiada siapa respons.Individu yang menetap di luar negara pastinya sunyi apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga. -Gambar hiasan AI"Padahal aku kat sini dah menggeletar takut, tak tahu nak lari ke mana. Mereka ingat benda tu biasa kot. Macam tiada urgency nak call tanya khabar aku dekat sini."Lepas tu seminggu aku merajuk. Dah la kena masa malam raya hari tu. Mereka perasan aku senyap, barulah seorang tu mesej tanya khabar," tulis wanita itu.Belajar daripada peristiwa itu, dia kini memilih untuk mendiamkan diri dan enggan lagi memberitahu keluarganya tentang ketengangan di Asia Barat.Wanita Malaysia di UAE sedih keluarga tak hiraukan konflik yang sedang berlaku.Dia berkongsi tentang peluru berpandu di kawasan rumahnya, namun tak dihiraukan.Wanita itu merajuk selama seminggu kerana terasa hati dengan sikap keluarganya.Dia kini memilih untuk tidak memberitahu keluarga tentang situasi terkini di UAE.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya bukanlah nak orang jadi panik, tapi ini asas empati. Apabila dalam situasi macam ni, sudah tentu kita nak keluarga tanya khabar. Itu normal."Saya juga merupakan anak sulung yang menanggung keluarga. Jadi, saya terasa apabila berada jauh daripada mereka, tapi tiada siapa yang tanya khabar saya."Saya cuma mendambakan perhatian dan keprihatinan mereka. Lepas tu saya putuskan untuk tak mahu beritahu apa-apa dah dekat mereka," tulisnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Baru nak bangkit selepas pandemik Covid-19, pemuda sedih lihat dunia semakin bergolak - “Bila la nak rasa senang dan tenang?”ARTIKEL BERKAITAN: Percaya dunia nak kiamat, makcik jual semua harta! Kini kena duduk di pondok, dulu pernah sindir Ustaz KazimHantaran Threads oleh wanita itu turut dihujani dengan pelbagai komen netizen."Awak sebut missile, mereka tak berapa faham. Cuba sebut bom atau peluru berpandu, mesti melompat mereka semua."Mungkin keluarga tak cakna berita dunia atau sibuk. Awak teruskan jaga diri dan jaga keselamatan," tulis beberapa netizen.