Pelajar berlainan jantina perlu menjaga batas pergaulan dan hanya berjumpa di tempat yang terbuka. -Gambar hiasan AI
RAMAI anak muda mula mengenal dunia sebenar selepas menamatkan persekolahan dan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.Namun, segelintir daripada mereka bergelut untuk menyesuaikan diri di universiti kerana tidak biasa dengan persekitaran dan suasana baharu. Menurut seorang mahasiswi, dia juga berdepan masalah itu dan masih lagi berasa janggal untuk berkomunikasi dengan rakan sekelas yang berlainan jantina.Segelintir anak muda mengalami kejutan budaya apabila berjauhan daripada keluarga. -Gambar hiasan AI"Dulu aku sekolah agama dan tinggal di asrama sejak tingkatan satu. Aku tak pernah ada interaksi dengan lelaki. Jadi lepas masuk universiti, aku nak keluar daripada zon selesa."Aku masuk group assingment yang campur lelaki dan perempuan. Tapi rasa janggal gila. Aku tak pernah borak dengan lelaki sepanjang lima tahun bersekolah."Aku jadi overthinking. Takut sikap aku jadi over walaupun bercakap sepatah je. Rasa hidup aku hambar selama ni," tulis mahasiswi itu.Seorang mahasiswi berdepan masalah untuk bergaul dengan pelajar lelaki.Lepasan sekolah agama itu tidak biasa bergaul dengan lelaki sejak dulu lagi.Dia kini mahu keluar daripada zon selesa dan menyertai kumpulan tugasan dengan ahli berlainan jantina.Gadis itu meminta nasihat daripada netizen di Threads tentang cara-cara untuk berkomunikasi dengan lelaki.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam hantaran di Threads, gadis itu turut meminta tip serta nasihat daripada orang ramai untuk mengatasi kebimbangan yang dialaminya."Kalau borak, otak aku melayang. Lepas tu nak pandang kat mana? Pandang mata ke? Aku jadi socially anxiety (gangguan kecemasan sosial) sebab tak pernah terdedah macam ni," luahnya lagi.Di ruangan komen, ramai netizen memberi nasihat dan meminta gadis itu terus menjaga batas pergaulan walaupun sesama rakan sekelas.ARTIKEL BERKAITAN: [V] 11 tahun pendam rahsia, pemilik farmasi dedah ramai mahasiswi beli ‘morning-pill’! Tak segan tanya ubat gugur janinARTIKEL BERKAITAN: Profesor universiti mulut celupar, malukan mahasiswi dalam bilik kuliah! - “Muka baik tapi mengandung luar nikah”"Perasaan malu-malu tu sangat bagus. Apabila bercakap dengan lelaki, biar tegas. Jangan tunjuk malu-malu atau segan."Apa yang awak rasa tu normal. Culture shock sekejap. Itu tandanya awak masih ada sifat malu dalam diri. Kekal profesional dan borak tentang tugasan saja."Tak perlu paksa diri jadi peramah sangat. Jaga batas dik, ramai orang automatik lupa diri lepas dapat kebebasan," tulis beberapa netizen.