ADAB dan layanan mesra pelanggan merupakan antara kunci utama dalam perniagaan, malah sikap peniaga sering menjadi faktor membuatkan pelanggan kembali atau sebaliknya.Bagi seorang lelaki, hasrat ingin menyokong bisnes sebuah kedai kek bertukar menjadi detik kurang menyenangkan apabila mendakwa menerima layanan tidak mesra daripada staf premis itu. Menurut pengadu, dia singgah ke kedai tersebut selepas rakannya memuji keenakan kek batik yang dijual di situ.Layanan mesra menjadikan sesebuah perniagaan bertahan lama. -Gambar hiasan AI"Kita pergi sebab nak cuba. Masa sampai tu tengok betul-betul sedap. Nampak moist. "Saya pun tegur la staf tu, saya cakap... nampak sedap betul kek batik ni, pakai telur ke sebab nampak moist," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan buang burger dibeli... Loya tengok peniaga pakai ‘glove’ sentuh tong sampah, terus pegang roti - “Maaf aku geli”ARTIKEL BERKAITAN: Bertempiaran lari, pelanggan restoran cemas gerai mercun terbakarLelaki itu juga turut segera memaklumkan kepada staf tersebut bahawa dia mahukan empat potongan kek batik berkenaan. Namun, soalan ringkas itu didakwa dibalas dengan nada tegas yang membuatkan dia terkejut."Tahu staf tu jawab apa? Tak payah nak slow-slow tanya resipi bang, nama pun kek batik mesti guna telur."Nada dia tegas dengan mata menjeling. Kita dalam hati... aik tanya macam tu pun marah," ceritanya lagi.Menurut lelaki itu, staf berkenaan turut menzahirkan ekspresi wajah yang tidak menyenangkan ketika memasukkan kek batik pesanannya ke dalam plastik."Marah agaknya. Dia letak je kek batik tu tanpa ucap terima kasih. Tapi memang tengok muka dia marah.Lelaki terkilan selepas mendakwa dilayan kurang mesra ketika membeli kek batik.Soalan mengenai bahan kek dibalas dengan nada tegas oleh staf.Staf didakwa bermasam muka dan tidak mengucapkan terima kasih.Pelanggan tetap mengakui kek tersebut sedap.Netizen berkata layanan buruk boleh jejaskan perniagaan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Nak tegur kat situ ramai la pula orang... takut dia malu nanti. Kita baru nak sokong sebab kek batik dia memang sedap."Apa salahnya cakap elok- elok. Nak meniaga kan. Jagalah sikit PR (perhubungan awam) tu," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mendakwa sikap staf sedemikian boleh merosakkan perniagaan itu."Sedap macam mana pun kalau begini layanannya, saya tak kan beli lagi. Sekian."Kalau saya ini pertama dan terakhir. Memang akan senarai hitam kedai macam ni," komen netizen.