Ramai pekerja cenderung mengabaikan kesihatan diri akibat terlalu sibuk mengejar komitmen kerja. -Gambar hiasan AI
SIKAP dedikasi terhadap kerjaya sememangnya wajar dipuji, namun tindakan mengabaikan kesihatan diri demi tugas sering kali berisiko mengundang padah.Terbaharu, tular satu perkongsian di media sosial mengenai seorang pekerja wanita yang memilih untuk tetap hadir ke pejabat walaupun telah diberikan sijil cuti sakit (MC) oleh doktor. Menerusi hantaran tersebut, wanita berkenaan memuat naik foto sijil cuti sakit berserta luahan rasa serba salah dan kesal dengan tindakannya sendiri.Pemberian MC oleh petugas kesihatan tidak seharusnya diambil ringan. -Gambar hiasan"Siapa yang bodoh dapat MC tapi masih pergi kerja? Ya, sayalah tu," tulisnya secara berseloroh.Bagaimanapun, perkongsian itu menarik perhatian seorang pengguna lain yang tampil menitipkan nasihat tegas bersandarkan pengalaman hitam yang pernah disaksikannya sendiri di tempat kerja.Menurut individu terbabit, setiap pekerja seharusnya memanfaatkan cuti sakit yang diberikan untuk berehat dan tidak meletakkan komitmen kerja mengatasi kesihatan sendiri.ARTIKEL BERKAITAN: Staf kaki kelentong MC akhirnya ’resign’, majikan tampil taktik baharu... Capai situasi menang-menang, tiada lagi pekerja tipu cuti sakitARTIKEL BERKAITAN: “Bukan salah saya kamu sakit perut” - Wanita terkilan doktor KK kedekut MC, tak layan alasan kerap masuk tandas!"Kalau dapat MC, berehat saja. Tapi mungkin wanita ini ada sebab tersendiri kenapa dia tetap datang kerja walaupun diberi cuti sakit."Situasi ini mengingatkan saya kepada bekas Ketua Jabatan (HOD) saya dahulu. Dia meninggal dunia di atas kerusinya di pejabat."Saya sendiri saksi kejadian itu dari awal sehinggalah jenazahnya ditutup dengan kain putih," katanya.Wanita akui tetap hadir bekerja walaupun diberikan MC oleh doktor.Seorang netizen tampil memberi peringatan tegas supaya pekerja mengutamakan kesihatan diri.Netizen turut berkongsi kisah bekas ketua jabatannya meninggal dunia di atas kerusi pejabat.Arwah didakwa terlalu kuat bekerja hingga sanggup membatalkan cuti sakit selama seminggu.Warganet bersetuju bahawa syarikat boleh dengan mudah mencari pengganti sekiranya terjadi sebarangan kejadian tidak diingini.Ringkasan berita ini dijana oleh AIBercerita lanjut, individu berkenaan memberitahu arwah rakan sekerjanya itu merupakan seorang yang terlalu kuat bekerja sehingga sanggup membatalkan cuti sakit."Dia memang macam tu. Pernah dapat MC seminggu, dia boleh batalkan MC tu. Apabila mohon cuti rehat pun dia masih buat kerja dari rumah."Sayangilah diri anda. Syarikat boleh cari pengganti anda bila-bila masa sahaja, tetapi kesihatan tiada ganti," luahnya lagi.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan peringatan tersebut dan menasihati para pekerja supaya tidak terlalu taksub sehingga mengorbankan kesihatan fizikal serta mental.