PELAKON Soffi Jikan sempat meluangkan masa berbual-bual bersama pengikut di laman TikTok ketika dia kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor.
Kata Soffi atau Mohammad Shoffi Jikan, 54, ia juga sebagai salah satu cara untuk menceriakan diri sendiri yang sudah hampir sebulan duduk di hospital.
"Terima kasih semua yang doakan saya. Mana tahu mungkin ini boleh buat saya ceria. Dengan semangat ini boleh lawan bakteria.

Soffi berkongsi perkembangan terkini di hospital.
"Kalau tiada TikTok saya tak tahu nak bercakap dengan siapa. Semua di sini senyap baring sahaja.
"Awak semua buat saya ketawa. Jika tidak, sudah tiga minggu nak senyum pun susah," katanya.
Dalam sesi siaran lansung tersebut, Soffi menjawab pertanyaan peminat tentang kesihatannya kini selepas menerima rawatan sejak awal Ogos lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Lepas alami jangkitan pada hati, Soffi Jikan kini berdepan masalah jantung… Bakal dipindahkan ke Hospital Serdang
ARTIKEL BERKAITAN: Soffi Jikan dirawat di hospital, disyaki ada jangkitan kuman pada hati
Biarpun ceria berinteraksi dengan peminat, namun dia akui kurang berselera untuk menikmati makanan yang disediakan.
Pelakon itu sebelum ini dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh akibat jangkitan kuman pada hati.

Hampir sebulan Soffi menerima rawatan di hospital.
Dia kemudian dipindahkan ke Serdang bagi mendapatkan rawatan berkaitan masalah jantung.
"Di hospital ini ada pakar berkaitan jantung. Sebelum ini hanya pengawasan sahaja," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


