MENJADI tempat rujuksn ramai, aktres Ellie Suriaty memberitahu dia sentiasa ikhlas dalam berkongsi ilmu dengan pelakon lain.
Malah kata Ellie, 55, dia tidak mengenakan sebarang bayaran jika ada mana-mana artis datang mahu menuntut ilmu dengannya.
“Ramai yang datang belajar dan saya tak ambil bayaran. Memang dari dulu.

Ellie seronok berkongsi ilmu dengan pelakon muda.
“Saya rasa tak boleh kenakan caj sebab tak seronok. Kalau produser yang panggil, saya ambil bayaran kerana ada kontrak dan bajet. Saya pun penerbit, jadi saya tahu bagaimana proses itu.
“Tak kisahlah nak hantar pada saya berapa orang, caj tetap sama. Tapi kalau aktor datang, tak kira berapa kali pun, saya tak boleh ambil bayaran,” katanya kepada mStar.
Antara pelakon yang pernah mengadakan sesi ‘coaching’ bersama Ellie adalah Maya Karin, Datuk Remy Ishak, Mira Filzah, Kamal Adli, Siti Khadijah dan Izara Aishah.
ARTIKEL BERKAITAN: Ellie Suriaty tak fikir panjang terima tawaran, sanggup berkemban demi watak ‘Juwita’
ARTIKEL BERKAITAN: Amir Nafis tak rasa diri selebriti, populariti bukan keutamaan
Bercerita pengalaman sebelum ini, dia pernah dikejar oleh Maya yang mahu memberi bayaran selepas sesi latihan.
“Dulu Maya Karin pernah kejar saya (untuk membayar), masa itu dia terlibat dengan filem Munafik 2.
“Selepas habis penggambaran dia datang jumpa saya di pejabat. Saya lari apabila dia kejar. Saya tetap tak mahu ambil bayaran. Saya tak boleh ambil walau dipaksa,” ceritanya.
Tiga perkara saya mahu bawa mati, antaranya adalah ilmu bermanfaat yang saya tinggalkan untuk mereka masih hidup
ELLIE SURIATY
PELAKON
Pelakon ini berpendapat setiap ilmu yang dikongsi tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.
Baginya juga apa yang dilakukan ini sebagai satu bentuk amalan agar dapat memberi manfaat kepada lebih ramai anak seni di masa akan datang.
“Tiga perkara saya mahu bawa mati, antaranya adalah ilmu bermanfaat yang saya tinggalkan untuk mereka masih hidup.

Barisan pelakon Paraxnormal.
"Sedekah itu lagi besar. Ilmu itu dia boleh bagi kepada orang lain juga kalau ada yang tak sempat belajar dengan saya," luahnya.
Dalam perkembangan lain, Ellie tampil dalam sebuah filem baharu berjudul Paraxnormal yang bakal ditayangkan bermula 28 Ogos.
Selain Ellie, filem terbitan Nanord Studio Production turut membariskan pelakon lain seperti Joey Daud, Azhan Rani, Epy Kodiang, Amir Nafis dan Kamarool Yusoff.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


