suria

“Anak kampung tak akan lupa peristiwa macam ni” - Penjual choco jar sebak, ibu menangis terharu walau dapat hadiah telefon harga tak seberapa

Bibo bersyukur dapat memberi kejutan telefon pintar buat ibunya.

SETIAP anak pastinya menyimpan hasrat untuk membahagiakan ibu bapa mereka.

Terbaharu, tular video memaparkan seorang ibu yang menangis selepas menerima kejutan telefon pintar pemberian anaknya.

Bercerita kepada mStar, Norsyahera Zainuddin, 28, atau lebih mesra disapa Bibo mendedahkan dia merupakan anak kepada individu dalam video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Berbulan kumpul duit jual nasi kukus, rungutan bapa dorong pemuda buat kejutan beri iPhone 12... next mahu hadiahkan Mercedes-Benz

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tanya hadiah birthday, anak kunci mulut! Sambutan hari jadi online jadi drama air mata mak menangis terima ‘kek keluar duit’

Jelas Bibo, dia membuat kejutan kepada ibunya, Siti Fatimah Deraman, 61, kerana telefon lama milik guru mengaji itu sudah uzur dan hampir rosak.

"Mak sebenarnya ajar mengaji untuk anak-anak di sekitar rumah. Tapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka pun tak boleh datang.

Bibo bersama ibunya.

"Pada masa sama, mak juga sering ikuti kelas mengaji dalam talian menerusi Facebook untuk tambah lagi ilmu dan pengetahuan.

"Mak ada mengadu telefon hampir rosak tapi dia tak pernah minta ganti. Jadi saya pun terfikir untuk buat kejutan kepadanya," ujar Bibo yang sudah berumah tangga dan memiliki seorang cahaya mata.

Walaupun harga bukan beribu, ia tetap satu pencapaian.

BIBO

Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, dia cukup sebak apabila ibunya mengalirkan air mata selepas menerima hadiah berkenaan.

Biarpun harganya tidak mencecah ribuan ringgit, Bibo tetap bersyukur dapat memberi telefon baharu buat ibunya, hasil duit simpanan berniaga cokelat dalam balang (choco jar).

"Bila dia menangis, saya makin sebak. Walaupun dia tak tahu pun harga telefon, reaksi yang diberi tu saya tahu dia sangat menghargainya.

Paparan skrin video tular itu.

"Saya mula jual choco jar sejak tahun 2018. Saya ni bukan orang senang, ayah pun dah tak ada. Untuk anak kampung macam saya, peristiwa ni saya tak akan lupa.

"Walaupun harga bukan beribu, ia tetap satu pencapaian. Saya cuma nak sampaikan bahawa buat bisnes tu boleh mengubah hidup kita," ujarnya.

Kata Bibo, dia dan ibunya sekali lagi menitiskan air mata apabila membaca segala komen positif dan doa-doa netizen di laman sosial.

Malah, dia turut menzahirkan impian untuk membawa ibunya ke tanah suci Makkah suatu hari nanti.

Bibo mengumpul wang dengan berniaga sejak tiga tahun lalu untuk memberi kesenangan kepada ibunya.

"Saya tunjuk setiap komen netizen, dia lagi sebak. Kami sama-sama terkedu. Dari viral di TikTok sehingga ke Facebook.

"Saya sangat terharu, saya dibesarkan dengan tangan dia. Semua yang berlaku atas doa emak saya.

"Saya pula bukanlah sesiapa. Alhamdulillah, bila viral, ramai yang cari. Sedikit sebanyak membantu perniagaan saya," ujarnya yang menetap dengan ibunya di Kuantan, Pahang.

Sehingga kini, video kejutan penuh emosi itu menerima lebih 215,000 tontonan di TikTok.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Lain