suria

Balu Abam beli Vellfire, netizen belum ‘move on’ ungkit cerita lama… Ali Puteh tenang jawab komen hinaan

Netizen guna akaun palsu lempar kata-kata hina untuk Ali.

KEMELUT membabitkan pelawak Ali Puteh dan balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Mohd Ali yang pernah berlaku sebelum ini masih menjadi perbualan netizen di media sosial.

Terbaharu, Ali menerima kecaman daripada netizen selepas Hidayah berkongsi kejayaan membeli sebuah kereta baharu.

Tidak cepat melatah, Ali, 33, dilihat tenang dengan kata-kata tersebut, malah turut mengucapkan terima kasih kerana ini membuatkan dia lebih bersemangat dan kuat.

ali puteh 2

Kemelut Hidayah dan Ali bagaikan tiada kesudahan.

“Terima kasih atas ucapan itu. Betul, saya buat-buat baik selama ini. Ramai yang cakap begitu. Terima kasih atas kata-kata yang membina.

“Semangat dan terus kuat bila diperkatakan,” katanya.

Sebelum itu menerusi ruangan komen di beberapa hantaran yang dibuat oleh Ali, seorang pengguna media sosial mengkritik tindakan Ali menjual kereta milik arwah abangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Hidayah sebak nampak kereta Abam atas jalan raya, arwah beli Vellfire supaya anak selesa

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ali Puteh lalui hidup sukar tiada ‘job’... Sedia berdamai dengan Nor Hidayah

Individu yang dipercayai menggunakan akaun palsu itu juga melemparkan kata-kata hina kepada Ali selain mempersendakan rupa fizikalnya.

“Eh, hitam, kau post ini nak raih simpati ke? Kau ingat orang lupa apa yang kau dah buat. Karma itu ada, Allah pasti balas apa kau buat.

“Kau tu dah la hitam, hati pun hitam. Jangan nak bertopengkan syaitan,” tulis individu tersebut.

Sementara itu, ramai juga dalam kalangan netizen yang memberi kata-kata semangat buat Ali apabila dia berkongsi perkara tersebut.

Terima kasih atas kata-kata yang membina

ALI PUTEH

PELAWAK

“Masing-masing ada kehidupan sendiri. Doa baik-baik sahaja untuk kedua-dua pihak.

“Terus kuat dan semangat. Jangan peduli apa yang orang cakap. Teruskan perjuangan arwah Abam.

“Sudah-sudahlah. Aku rasa Ali pun dah insaf. Berilah peluang untuk dia,” komen netizen.

ali puteh 3

Ali tenang apabila dihina netizen.

Kemelut antara Ali dan Hidayah mula tercetus selepas Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020.

Hidayah juga sebelum ini pernah memfailkan sama terhadap Ali kerana atas tuduhan memfitnah dan mahkamah pada Februari lalu memutuskan dia menang kes tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain