suria

‘Dendam Seorang Isteri’ catat sejarah tersendiri, raih 5.5 juta tontonan

Drama Dendam Seorang Isteri menemui penonton pada Jumaat menerusi tayangan episod 85.

KEJAYAAN drama Dendam Seorang Isteri berjaya mencetuskan fenomena apabila ia mencatat tontonan lebih 5.5 juta sekaligus menjadikan naskhah tersebut tersenarai dalam carta 10 program popular aplikasi penstriman Astro Go.

Diadaptasi daripada karya Korea Selatan, Tempation of Wife, drama tersebut yang diarahkan oleh Nizam Zakaria dan Uchee Fukada mengakui tidak mudah memastikan drama itu mendapat hasil berkualiti.

Nizam berkata, sikap terbuka dan bertolak ansur menjadi kunci agar penceritaan dan emosi yang ingin disampaikan di antara Uchee diterapkan agar penonton dapat merasai jalan ceritanya.

"Apabila ada dua pengarah maka ada dua versi berbeza dan itu adalah kesukaran mengarahkan drama ini. Perbincangan antara kedua-dua belah pihak penting untuk memastikan semua babak sebelum yang disambung oleh pengarah lain ada kesinambungan," katanya.

WhatsApp Image 2022-07-14 at 8.09.06 PM (3)

Nizam (depan tiga dari kiri) manakala Uchee (belakang lima dari kanan) bersama barisan pelakon drama Dendam Seorang Isteri.

Sementara itu, Uchee berkata, dia sentiasa mengambil jalan tengah yang dilihat penyelesaian terbaik untuk mengatasi sebarang perselisihan faham ketika mengarahkan drama itu.

"Bercanggah pendapat itu biasa kerana saya dan Nizam mahukan yang terbaik. Jadi paling mudah adalah kita ambil apa yang ditengah-tengah.

ARTIKEL BERKAITAN: Dibenci gara-gara lakonan 'over' Datin Mona, rupa-rupanya Ziema Din bukan calang-calang... Dah 18 tahun jadi pelakon

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup tengok Fasha Sandha asyik kena pukul mak mentua, penonton tukar siaran gara-gara lakonan ‘over’ Ziema Din

"Kita gabungkan kedua-duanya dan lihat di mana ada titik persamaan," jelasnya.

WhatsApp Image 2022-07-14 at 8.09.05 PM

Tunjang utama drama Dendam Seorang Isteri dari kiri, Wan Raja, Nad Zainal, Fasha Sandha dan Aidit Noh.

Drama Dendam Seorang Isteri terbitan Radius One Sdn Bhd itu mengisahkan tentang Amira lakonan Fasha Sandha yang berkahwin dengan Harris (Wan Raja) berdepan dengan pergolakkan rumah tangga disebabkan munculnya Kirana (Nad Zainal).

Selain Fasha dan Nad, drama itu turut dijayakan Aidit Noh, Roy Azman, Amylea, Dian P.Ramlee, Sharmaine Farouk dan Zarynn Min.

Dendam Seorang Isteri ditayangkan di saluran Astro Prima sejak 21 Mac lalu dan episod terakhir pada Jumaat lalu.

Drama itu turut boleh ditonton menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Naskhah berkenaan turut diadaptasi di beberapa buah negara antaranya, Filipina, Indonesia, China dan Turkiye.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain