suria

Sajat tunjuk ‘bunga silat’ elak dicekup polis, siap samakan diri dengan Mat Kilau! Netizen terhibur suruh masuk Maharaja Lawak

Sajat tetap mencuri perhatian warga Malaysia meskipun sudah lama menetap di Australia.

MESKIPUN sudah meninggalkan Malaysia namun nampaknya usahawan Nur Sajat tetap mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di negara ini.

Terbaru, Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 37, dalam nada bergurau ketika membuat video siaran langsung menceritakan bagaimana dirinya mampu meloloskan diri daripada Malaysia ke Thailand tahun lalu.

Membandingkan dirinya dengan pahlawan Mat Kilau, Sajat berkata dia mempunyai ilmu bersilat sehingga mampu menggaburi mata 250 anggota polis yang memburunya.

"Kalau nak tahu, Sajat mewarisi ilmu persilatan Mat Kilau, kalau tidak, Sajat tidak lepas ke Thailand.

Untitled design (75)

Tangkap layar video Sajat yang menjadi perbualan netizen di media sosial.

"250 anggota polis cari. Mana ada orang masa pandemik boleh lepas ke Thailand. Ilmu apa yang sajat pakai? Ini bunga dia... Nampak tak? Tolak sana, tolak sini, habis semua polis tak nampak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terasa seperti baru dilahirkan semula” - Sajat dakwa berjaya daftar status tukar jantina

ARTIKEL BERKAITAN: Aset milik Sajat dilelong esok, orang ramai boleh datang beli di Kota Damansara

"Tak masuk dalam sejarah sahaja, sebab saya merendahkan diri," katanya dalam video berkenaan.

Sedutan video daripada siaran langsung di Instagram usahawan sensasi itu kini sedang tular di media sosial.

Untitled design (76)

Netizen menyarankan agar Sajat menyertai pertandingan lawak.

Rata-rata terhibur dengan jenakanya sehingga ada memintanya menyertai pertandingan komedi Maharaja Lawak kerana melihat dia mempunyai bakat dalam bidang itu.

"Dalam ramai yang kecam dia, ramai juga yang video live dan orang tularkan sana-sini. Kata sudah tinggal di Australia, netizen tak mahu ambil tahu lagi," kata seorang pengguna Twitter.

250 polis cari. Mana ada orang masa pandemik boleh lepas ke Thailand. Ilmu apa yang Sajat pakai, ini bunga dia, nampak tak, nampak tak. Tolak sana, tolak sini, habis semua polis tak nampak

SAJAT

USAHAWAN KOSMETIK

Untuk rekod, Sajat pernah mencetuskan misteri apabila gagal dikesan pihak berkuasa selepas waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada 23 Februari tahun lalu.

Sajat dipercayai meloloskan diri ke Thailand ketika negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Persembunyian usahawan itu akhirnya terbongkar apabila dia ditahan pihak Imigresen Thailand pada 8 September 2021 di sebuah kondominium di Bangkok atas tuduhan memiliki pasport tidak sah.

Ketika itu, Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNCHR) sebelum berhijrah ke Australia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain