suria

“Terasa seperti baru dilahirkan semula” - Sajat dakwa berjaya daftar status tukar jantina

Sajat berjaya membuat permohonan tukar jantina

LIMA bulan menetap di Australia, usahawan sensasi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendakwa sudah berjaya menukar status jantinanya kepada perempuan.

Muhammad Sajjad atau lebih dikenali dengan nama Nur Sajat, 35, meluahkan rasa gembira apabila keiinginannya untuk diiktiraf sebagai wanita diluluskan kerajaan negara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Kita tahu dia buat benda betul” - Ibu Sajat reda anak lari ke Australia, tak pernah pujuk balik Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Aset milik Sajat dilelong esok, orang ramai boleh datang beli di Kota Damansara

“Saya gembira semuanya sudah selesai. Saya selesa kini menjadi seorang wanita.

“Negara ini (Australia) lebih memahami gender saya,” katanya dalam satu perkongsian di media sosial.

sajat 2

Sajat kini menetap di Australia

Menurut Sajat dia sudah lama mengidamkan untuk menukar status jantina dalam dokumen pengenalan diri sejak berada di Malaysia lagi.

Dia turut meluahkan rasa bangga dengan diri sendiri dan mahu diterima secara baik oleh orang ramai.

Ini adalah saya, Nur Sajat, rasa seperti dilahirkan semula

NUR SAJAT

USAHWAN KOSMETIK

“Kini saya rasa lebih bebas dan boleh jadi diri saya yang sebenar. Saya bangga dengan diri sendiri.

“Ini adalah saya, Nur Sajat, rasa seperti dilahirkan semula.

“Saya memang mahu tukar status jantina, saya nak bahagia dan mahu orang terima saya,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Sajat turut menjawab soalan pengikut sama ada dia akan menukar namanya atau tidak.

Namun katanya, dia lebih selesa dan bangga dengan nama Nur Sajat.

“Saya bangga dengan nama Nur Sajat. Satu dunia kenal nama ini.

“Nama ni satu dalam sejuta tau,” ujarnya.

Untuk rekod, Sajat memilih memulakan kehidupan baharu di Australia sejak Oktober tahun lalu kerana merasa tidak selamat tinggal di Malaysia.

sajat 3

Banglo mewah milik Sajat yang terletak di Kota Damansara dilelong selepas dia melarikan diri

Sebelum ke sana, Sajat pernah melarikan diri ke Thailand namun ditahan oleh pihak imigresen pada 8 September 2021 kerana memiliki pasport tidak sah.

Ketika itu Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR) dan memaklumkan dia mahu berhijrah ke Australia.

Sebagai peringatan, menerusi laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dinyatakan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada April 1982 bahawa pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan ataupun sebaliknya, melalui pembedahan adalah haram dari segi syarak.

Malah perbuatan menukar status daripada seorang 'mak nyah' kepada wanita dalam MyKad setelah menjalani pembedahan yang tidak dibenarkan syarak juga adalah haram.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain