suria

Tahniah! Kaka Azraff selamat bersalin anak lelaki kedua, sempat dapat tarikh lahir cantik 22.2.22

Kaka berkongsi berita gembira selamat melahirkan anak lelaki kedua

PENYANYI Kaka Azraff selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 12.05 tengah malam Isnin di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Kakak atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 33, berkongsi berita gembira itu di media sosial dengan meluahkan rasa syukur proses bersalin berjalan lancar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto tangan, Ernie Zakri dan Syamel dapat anak perempuan... Join club baby 22.2.22

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri selamat bersalin, Jamal Abdillah timang anak kelima... Tercapai hasrat nak tarikh istimewa 22.2.22

"Syukur kepada Allah, I'm officially a mother of two.

“Terima kasih kerana memberi sokongan yang terbaik, penghibur, pemberi motivasi dan doktor separuh masa sepanjang tempoh ini.

“Saya tidak tahu apa jadi tanpa awak. Saya sayangkan awak, Daddy kepada dua anak,” tulisnya.

kaka 2

Kaka dan Adam bersama anak sulung mereka

Sementara itu, suaminya Adam Adzriff turut memaklumkan Kaka dan bayi berada dalam keadaan baik.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan.

“Bayi lelaki kami sihat dan kuat,” tulisnya.

Kaka dan Adam Adzriff mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan mereka turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Aslan yang kini berusia 3 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain