suria

[VIDEO] Isteri selamat bersalin, Jamal Abdillah timang anak kelima... Tercapai hasrat nak tarikh istimewa 22.2.22

Jamal sengaja pilih tarikh 22.02.2022 sambut kelahiran anak kelimanya.

SELEPAS penyanyi Kaka Azraff dan Aurel Hermansyah, seorang lagi bayi selebriti lahir pada tarikh yang cukup istimewa iaitu 22.02.2022.

Penyanyi yang juga digelar raja pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah menimang cahaya mata kelima yang diberi nama Iskandar Rayyan Yamani pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Jamal pilih tarikh cantik 22.02.2022 sambut anak kelima, beri nama Iskandar Rayyan Yamani

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin Allah kurniakan mereka untuk saya tebus kesalahan masa lalu” - Jamal Abdillah akui pikul tanggungjawab berat besarkan anak kecil pada usia 62

Bayi seberat 2.84 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.

Berita gembira itu dikongsi anak sulung Jamal iaitu Yamani Abdillah yang memberitahu adik dan ibu tirinya berada dalam keadaan baik.

“Syukur dan seronok dapat adik lagi.

“Tak sangka sebenarnya akan ada adik-beradik yang ramai.

jamal 3

Yamani bersama adik keduanya, Zaki.

“Ini merupakan satu tanggungjawab besar buat saya suatu hari nanti untuk menjaga mereka,” ucap Yamani ketika dihubungi mStar.

Sementara itu Jamal dalam satu hantaran di Instagram turut meluahkan rasa syukur dan berkongsi perasaan gementar sehingga tersasul saat melafazkan azan di telingan bayinya.

"Alhamdulillah, telah lahir anak lelaki saya. Mohon doa semoga menjadi anak yang soleh.

"Selesai sudah gementar sehingga azan pun tersasul," tulis Jamal.

Iskandar Rayyan Yamani merupakan anak ketiga hasil perkongsian hidup Jamal dengan isteri, Datin Zai Izzati.

Jamal dan Zai mendirikan rumah tangga pada 6 April 2017.

Tak sangka sebenarnya akan ada adik-beradik yang ramai

YAMANI ABDILLAH

PENYANYI

Ini merupakan perkahwinan keempat buat Jamal.

Selain Iskandar Rayyan Yamani, mereka juga mempunyai dua anak lain iaitu Nur Azura Yamani, 3, dan El Isaac Yamani, 2.

Sementara itu Yamani atau nama sebenanya Osama Yamani, 21, merupakan anak Jamal bersama bekas isteri Noraina Mohd Yusof.

jamal 2

Jamal dan Zai bersama dua lagi anak mereka

Jamal juga mempunyai seorang lagi anak lain iaitu Zaki Yamani, 16, menerusi perkahwinan ketiga.

Jamal sebelum ini pernah memberitahu sengaja memilih tarikh 22.02.2022 bagi menyambut kelahiran Iskandar namun ia bergantung kepada nasihat doktor dan kesihatan isteri.

Artikel Lain