suria

Kongsi foto tangan, Ernie Zakri dan Syamel dapat anak perempuan... Join club baby 22.2.22

Ernie dan Syamel timang anak perempuan pada Selasa.

NAMPAKNYA tarikh istimewa 22.02.2022 menjadi pilihan ramai selebriti untuk menyambut kelahiran bayi masing-masing.

Terkini, penyanyi Ernie Zakri turut berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 10.14 pagi Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri selamat bersalin, Jamal Abdillah timang anak kelima... Tercapai hasrat nak tarikh istimewa 22.02.2022

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ernie Zakri suka kunyah ais waktu mengandung, Syamel ‘offer’ setiap hari macam snek

“Assalamualaikum, syukur Alhamdulillah. Cinta hati daddy dan ibu telah selamat dilahirkan pada 20.02.22 pada jam 10.14 pagi tadi.

“Doakan kesihatan kami berdua,” tulis Ernie di Instagram.

Ernie 2

Ernie dan Syamel syukur proses bersalin berjalan lancar.

Sementara itu suami Ernie iaitu penyanyi Syamel turut berkongsi berita sama di Instagram.

"Syukur Alhamdulillah. Senang daddy ingat birthday, 22.02.2022.

"Doakan kesihatan anak solehah Bangmel dan Kak Ninie dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmatNya," katanya.

Syukur Alhamdulillah. Senang daddy ingat birthday, 22.02.2022

SYAMEL

PENYANYI

Terdahulu, mStar melaporkan penyanyi Kaka Azraff dan Datuk Jamal Abdillah menimang cahaya mata juga pada Selasa.

Selain itu, penyanyi dan YouTuber terkenal Indonesia Aurel Hermansyah turut selamat bersalin pada tarikh yang sama.

Rata-rata pengikut laman sosial termasuk rakan-rakan artis mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

“Alhamdulillah... Tahniah nak. Welcome to the world cucuku,” tulis Anuar Zain yang juga bapa saudara kepada Ernie.

ernie 3

Syamel dan Ernie disatukan pada 26 Mac lalu.

“Alhamdulillah, tahniah... Ya Allah geram tengok tangan baby putih melepak,” tulis Shiha Zikir.

“Syukur Alhamdulillah semoga menjadi saham akhirat yang mulia,” tulis Fedtri Yahya.

Ernie, 26, berkahwin dengan Syamel, 28, mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain