suria

[VIDEO] Ernie Zakri suka kunyah ais waktu mengandung, Syamel ‘offer’ setiap hari macam snek

BAKAL bergelar seorang ibu tidak lama lagi, penyanyi Ernie Zakrie mendedahkan tabiat pelik yang sering dilakukan sepanjang kehamilannya.

Menurut Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakrie, 29, dia tidak mengidam makanan yang pelik, tetapi sukar dapat menahan diri daripada mengunyah ketulan ais.

"Setakat ini Alhamdulillah saya tak ada mengidam benda yang pelik, semuanya yang mudah-mudah sahaja. Cuma saya rasa habit yang saya perlu stop ialah mengunyah ais.

ARTIKEL BERKAITAN: Susah bernafas, muntah tak henti... badan Ernie Zakri dah bagi ‘warning’ tak cukup rehat - “Mesti baby sedih ibu tak rest”

ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulillah... Ernie Zakri hamil 4 bulan - “Masuk trimester kedua dia berdepan alahan loya”

"Benda begini saya tak pernah buat sebelum ini, saya pun kurang minum ais sebab menyanyi. Tetapi waktu mengandung ni, benda itu jadi macam snek dan minta ais setiap hari.

"Selalunya orang akan tanya nak keropok? Tetapi suami saya akan tanya nak ais?" katanya kepada mStar.

asdfghj

Ernie ketika tampil melakukan persembahan duet bersama Sa.Ya.

Isteri kepada penyanyi Syamel itu ditemui selepas berakhirnya konsert minggu keenam Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada malam Ahad.

Ernie hadir sebagai penyanyi jemputan bersama kumpulan Sa.Ya yang dianggotai oleh Saiful Apek dan Yassin dengan membawa lagu Hampir Ke Situ nyanyian asal Mendua.

Ujar Ernie, perasaan gembira menyelubungi diri apabila diberi peluang untuk beraksi di atas pentas walaupun usia kandungannya sudah mencecah tujuh bulan.

InshaAllah kami bakal menimang seorang cahaya mata perempuan.

ERNIE ZAKRIE

PENYANYI

"To be honest, of course penat dan rasa mengah itu dialami oleh semua ibu mengandung. Tetapi waktu trimester pertama dan kedua saya memang banyak berehat, jadi apabila dapat bekerja ni saya rasa gembira.

"Mungkin juga disebabkan perasaan rindu untuk berada di atas pentas. Dengan penjagaan yang betul, Alhamdulillah... setakat ini saya tiada sebarang masalah untuk membuat persembahan," katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Ku Bersuara itu berkata dia banyak mendapatkan nasihat daripada ibunya tentang persediaan menyambut kelahiran bayi sulung.

fghji

Pasangan ini bakal menimang cahaya mata perempuan pada Februari 2022.

"Syamel pun dah dedahkan jantina bayi kami ketika konsert di Istana Budaya. InshaAllah kami bakal menimang seorang cahaya mata perempuan.

"Setakat ini persiapannya lebih kurang 70 peratus, saya banyak dapat nasihat daripada ibu saya sendiri. Kita pun tak nak la terlalu ghairah membeli barang bayi kerana mereka membesar dengan cepat," ujarnya.

Untuk rekod, Ernie dan Syamel, 28, mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain