suria

Syafeek Ikhwan mahu tunai nazar puasa 3 hari menang LCK3, terkenang dugaan terperangkap akibat banjir

Syafeek mahu tunai umrah menggunakan wang kemenangan LCK3 itu.

DINOBATKAN sebagai juara program Lagu Cinta Kita musim ketiga (LCK3), pasangan duet Syafeek Ikhwan dan Zazo sama sekali tidak menyangka menjadi pemenang dalam pertandingan nyanyian itu.

Menurut Syafeek atau nama sebenar Muhamad Syafiq Ikhwan Ghazali, 33, sejak awal pertandingan dia melihat pasangan lain lebih menyerlah dan mempunyai kelebihan untuk diangkat menjadi juara.

"Sejujurnya memang tak jangka... awalnya saya jangka dapat nombor empat tapi diumum jadi juara pula. Mereka yang mengikuti program ini mesti tahu sejak minggu pertama kami tak pernah dapat markah tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Syafeek idam lagu ciptaan Hael Husaini bantu lonjak nama

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa layak ganti Azwan Ali? Peminat mahu ‘Lagu Cinta Kita 2’ kekalkan Diva AA

"Alhamdulillah syukur Ya Allah, kami anggap ini rezeki dan sesuatu keajaiban selepas kami berdua berusaha dan memberikan yang terbaik pada malam final, akhirnya segala usaha keras kami membuahkan hasil," katanya kepada mStar.

Pada malam akhir itu, Syafeek dan Zazo menyampaikan lagu Akhirnya Kini Pasti dan single duet terbaharu mereka berjudul Bagai Cahaya.

syafeek 2

Syafeek dan Zazo ada keserasian sepanjang menyertai pertandingan LCK3.

Pasangan ini menewaskan tiga lagi pasangan lain dan diangkat menjadi juara membawa pulang wang tunai RM50,000 dan barangan tajaan penaja.

LCK3 bersiaran secara langsung di TV3 pada malam Ahad.

Berkongsi cabaran sepanjang dua bulan menyertai program nyanyian itu, Syafeek berkata kekangan masa dan komitmen terhadap kerjaya tetap sebagai penjawat awam menjadi cabaran utama.

Malah, dia masih ingat lagi dugaan yang dilalui sebelum peringkat separuh akhir minggu lalu apabila kenderaannya terperangkap di lebuh raya kerana banjir.

Saya pun bukan jenis yang boros, tak ada nak beli apa sangat pun jadi lebih baik simpan saja la!

SYAFEEK IKHWAN

JUARA LCK3

"Kami berdua bekerja jadi memang kena pandai bagi masa untuk latihan dan sebagainya... memang struggle, selama dua bulan sangat mencabar kerana kami perlu cari masa untuk latihan. Itu yang pernah kami berlatih sampai pukul 5 pagi sebab masa agak terhad.

"Kedua-duanya kena beri komitmen yang sama sebab ini pertandingan duet, jadi apabila berjumpa kami memang kena fokus. Kadang-kadang bila hari konsert memang badan dah terlalu letih cuma semangat membuatkan kami kuat.

"Sebelum semi final, saya berdepan satu lagi dugaan apabila laluan masuk ke rumah ditutup kerana banjir, saya terperangkap di highway hingga terpaksa tidur dalam kereta dan esoknya perlu ke studio untuk konsert. Alhamdulillah, semua cabaran itu berjaya diatasi dengan baik sehinggalah selesai program ini," ujarnya.

syafeek 3

Syafeek dan Zazo sebak ketika diumum juara LCK3.

Ditanya perancangannya dengan wang kemenangan itu, Syafeek berkata dia mahu menunaikan umrah dan menyimpan untuk masa depan.

"Hadiah kemenangan itu saya belum fikir lagi tapi ada la terniat nak buat umrah, bakinya saya nak simpan untuk kegunaan masa depan, saya pun bukan jenis yang boros, tak ada nak beli apa sangat pun jadi lebih baik simpan saja la! Cumanya sebelum ini saya ada bernazar kalau jadi juara nak berpuasa selama tiga.

"InsyaAllah selepas ini kami berdua akan mempromosikan single duet baharu berjudul Bagai Cahaya itu, memandangkan lagu ini di bawah TV3 jadi mereka akan bantu dari sudut promosi.

"Kalau lagu itu menerima sambutan pendengar kami terfikir untuk teruskan projek bersama, tiada masalah untuk berduet dengan Zazo, perancangan itu dah ada. InsyaAllah doakan ya!" katanya.

LCK3 menyaksikan Hariz dan Wanie diangkat menjadi naib juara membawa pulang hadiah wang tunai RM 30,000 dan barangan hamper tajaan penaja.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Pasya dan Puteri menerima hadiah wang tunai RM 20,000, manakala Achik dan Maria menduduki tempat keempat dengan hadiah wang tunai sebanyak RM 15,000.

Pertandingan ini diadili oleh tiga juri professional iaitu Mas Idayu, Ajai dan Hael Husaini. Ia dihoskan oleh Ain Edruce dan Kamal Adli.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain