suria

Alhamdulillah... Ernie Zakri hamil 4 bulan - “Masuk trimester kedua dia berdepan alahan loya”

Syamel umum Ernie kini hamil empat bulan.

TEKA-TEKI Ernie Zakri hamil kini terjawab apabila suaminya Syamel mengesahkan penyanyi itu kini berbadan dua.

Menurut Syamel atau nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, kandungan Ernie kini sudah memasuki usia empat bulan.

"Alhamdulillah kandungan isteri dah masuk empat bulan... Ernie punya kehamilan berbeza dengan ibu mengandung lain.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Peminat tak sabar tunggu berita gembira, Syamel, Ernie Zakri janji tak sorok jika benar hamil - “Apabila ada... kami akan beritahu”

ARTIKEL BERKAITAN: Jelas nampak ‘baby bump’ Ernie Zakri, rakan artis terlebih teruja ucap tahniah! - “Takkan buncit macam tu?”

"Masuk trimester kedua baru dia berdepan alahan, macam rasa loya itu semua tapi Alhamdulillah Ernie dan bayi dalam kandungan sihat.

"Doakan semoga bayi membesar dan selamat sehingga hari kelahiran ya!" katanya kepada mStar.

syamel ernie 1

Syamel dan Ernie tak sabar menimang cahaya mata pertama mereka.

Sebelum itu, menerusi Instagram Syamel meluahkan rasa syukur dikurniakan rezeki berkenaan.

"Alhamdulillah untuk rezeki-Mu Ya Allah. Engkau permudahkanlah perjalanan kami,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

InsyaAllah apabila kita dah tahu jantina nanti kami kongsikan

SYAMEL

PENYANYI

Sementara itu, penyanyi lagu GoodBye Hello ini memberitahu akan berkongsi jantina bayi sulung mereka tidak lama lagi.

"Memandangkan kandungan baru empat bulan, jadi kita belum tahu lagi jantina, InsyaAllah apabila kita dah tahu nanti kami kongsikan," ujarnya.

syamel ernie 2

Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri pada Mac lalu.

Menerusi laporan mStar pada 27 Ogos lalu, Ernie menafikan dirinya kini sedang berbadan dua walaupun ramai berteka-teki mengenai hal itu selepas melihat perubahan fizikalnya.

Ernie, 29, berkata, waktu itu bukanlah masa yang sesuai untuk berkongsi mengenai kehamilan memandangkan dia masih bersedih dengan pemergian ibu mentuanya.

Ibu Syamel iaitu Wan Faaizah Karim meninggal dunia pada 22 Ogos lalu selepas dua bulan dirawat di sebuah pusat perubatan di ibu kota akibat kekurangan oksigen.

Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain