suria

Pejabat Janna Nick banjir akibat paip bocor… siling runtuh, produk habis basah - “Syukur tiada siapa cedera”

Ruang pejabat yang disewa Janna Nick dinaiki air kerana paip bocor.

GARA-GARA paip bocor, pejabat milik pelakon Janna Nick dinaiki air sehingga menyebabkan beberapa kerosakan pada pagi Jumaat.

Menurut Janna, 26, semasa insiden itu berlaku tiada sesiapa di premis berkenaan dan hanya diketahui oleh kakitangan yang memulakan tugas.

"Pejabat urusan White Fluffy banjir pagi ini kerana ada paip bocor... siling tandas runtuh, lantai habis penuh air, malah produk pun ada yang basah.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick kena ‘boo’, bengang diejek sakit mental... kecil hati komen melampau - “Jadi netizen semua benda boleh cakap!”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Pakai baju terselak nampak dada, Janna Nick ‘pejam mata’ baca komen nakal netizen - “Saya bukan jenis kalau upload akan delete”

"Sedih sangat sebab saya tak dapat nak tengok keadaan pejabat kerana sekarang ini berada di Cameron Highland menjalani penggambaran drama.

janna nick 1

Perkongsian Janna di Instastory.

"Balik nanti baru boleh saya tengok jumlah kerugian dan sebagainya... buat masa ni semua staf uruskan! Mereka cuba selamatkan barang-barang yang masih boleh guna," katanya kepada mStar.

Menerusi Instastory, pelakon drama Melastik Ke Hatimu berkongsi video kerosakan yang berlaku di pejabatnya yang terletak di Damansara, Selangor itu.

Ada sedikit kerugian tapi mujurlah pemilik premis baik hati sanggup bayar ganti rugi dan baiki semula kerosakkan!

JANNA NICK

PELAKON

Dalam pada itu, Janna meluahkan rasa syukur kerana pemilik premis berkenaan sanggup menanggung kos pembaikan dan ganti rugi akibat insiden berkenaan.

"Ada sedikit kerugian tapi mujurlah pemilik premis baik hati sanggup bayar ganti rugi dan baiki semula kerosakkan.

janna nick 2

Janna kini sedang mengarahkan drama Mendua.

"Benda dah nak jadi... apa-apa pun syukur Alhamdulillah tak ada sesiapa yang mengalami kecederaan akibat insiden paip bocor ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Janna kini sedang mengarahkan drama terbaharu berjudul Mendua.

Ia dibintangi oleh pelakon hebat Nazim Othman, Emma Maembong dan Dini Schatzmann.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain