suria

Bukan biasa-biasa... Asfan Shah, Kmy Kmo, Tripdisk percaya kekuatan mesej angkat Sifar ke mata dunia!

Tripdisk, Kmy Kmo, dan Asfan Shah bangga dapat membawa karya ke luar negara.

DIANGKAT sebagai juara di peringkat antarabangsa, komposer Asfan Shah dan Tripdisk serta penyanyi rap, Kmy Kmo mengakui lagu Sifar mempunyai kekuatan lirik dan penyampaian yang tersendiri.

Ujar Kmy Kmo, lagu terbitan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ini mempunyai mesej kuat dengan gabungan elemen keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan di tempat kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu SIFAR terbitan Perkeso raih kemenangan di festival antarabangsa"

" Lagu ini sememangnya sangat mencabar untuk kami bawakan kerana ia memfokuskan kepada tajuk dan isi kandungannya yang mempunyai mesej daripada Perkeso.

"Apa yang mencabar apabila kami kena tumpukan kepada content dan tajuk bukannya bebas. Alhamdulillah kita dapat bawa karya yang diterima baik oleh orang luar," katanya kepada mStar.

Kmy, Asfan dan Tripdisk ditemui ketika sidang media Sifar bersama Perkeso yang dilakukan secara maya pada Jumaat.

Turut hadir sama Ketua Bahagian Pencegahan, Perubatan dan Pemulihan Perkeso, Dr Azlan Darus.

sifar2 Asfan Shah, Tripdisk dan Kmy Kmo berjaya harumkan nama negara.

Sementara itu, Dr Azlan berkata, kemenangan itu bukan sahaja bermakna untuk pihaknya, malah dianggap sebagai satu hadiah kepada rakyat Malaysia.

Menurutnya, kandungan lagu dengan penceritaan yang berbeza menjadi kekuatan lagu tersebut menjadi juara dan diterima di peringkat antarabangsa.

Sifar ditujukan kepada golongan yang berisiko di jalan raya.

DR AZLAN DARUS

Ketua Bahagian Pencegahan, Perubatan dan Pemulihan, Perkeso

"Sifar ditujukan kepada golongan yang berisiko di jalan raya. Kandungan lagu ini dengan penceritaan yang berbeza, itu sebenarnya kekuatan kita, selaras dengan agenda global.

"Meskipun pesaing juga menampilkan genre yang sama, namun kelebihan karya Malaysia adalah dari segi kandungan dan gaya penyampaian yang mempunyai acuan Malaysia," ujarnya.

DR

Dr Azlan menyifatkan kekuatan lirik dan corak penyampaian berbeza lagu Sifar memberi kelebihan untuk mengetepikan calon pesaing lain.

Sejak dilancarkan pada November 2019, lagu Sifar bergenre moden kontemporari berjaya memperoleh lebih 700,000 tontonan di YouTube.

Lagu Sifar yang menjadi runut bunyi filem Warkah terpilih bersaing dalam kategori Music Is Key di International Media Festival For Prevention (IMFP) sempena Kongres Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Dunia XXII di Toronto, Kanada.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Kmy Kmo, Asfan Shah, Tripdisk, Sifar, PERKESO

Artikel Berkaitan

Artikel Lain