suria

Selepas Zul Ariffin, Remy Ishak… kali ini Zizan Razak pula umum tarik diri ABPBH - “Saya akan sokong dari luar gelanggang”

Zizan mahu beri peluang kepada bakat baharu.

SELEPAS pelakon Zul Ariffin dan Remy Ishak membuat pengumuman menarik diri daripada Anugerah Bintang Popular 34 (ABPBH34), kali ini pelawak Zizan Razak juga tidak mahu bertanding.

Menurut Zizan, 37, dia membuat keputusan itu kerana mahu memberi laluan kepada bakat-bakat baharu untuk merasai peluang tersebut.

"Seiring usia dalam bidang seni, Zizan mengambil keputusan untuk menarik diri dari sebarang pencalonan ABPBH.

ARTIKEL BERKAITAN: Cecah usia 37 tahun, Zizan Razak doa cepat dapat jodoh

ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak pula tarik diri ABPBH, sedar kurang berlakon tahun lalu - “Berikan kepada yang layak”

"Zizan percaya ABPBH kali ini harus diraikan kepada bakat-bakat baharu yang bertanding. Hal ini telah dimaklumkan kepada pihak penganjur," katanya menerusi laman Instagram pada Jumaat.

zizan tarik diri 2

Zizan umum tarik diri daripada ABPBH.

Dalam pada itu, pelakon filem Bulan dan Pria Terhebat ini menghargai majlis anugerah tersebut yang memberi pengiktifrafan cukup bermakna buat anak seni.

Dia turut berterima kasih kepada peminat yang tidak jemu memberi sokongan dan mengundinya sepanjang penganjuran anugerah berkenaan.

Terima kasih kepada pihak penganjur yang saban tahun mencalonkan Zizan dan terutamanya peminat yang mengundi!

ZIZAN RAZAK

PELAWAK

"ABPBH antara majlis anugerah yang banyak memberi pengkitirafan kepada nama-nama besar dalam industri hiburan Malaysia.

"Sejujurnya, ia adalah anugerah yang mendekatkan Zizan dengan para peminat dan di situlah kami berkumpul dan mengenali antara satu sama lain... semua momen manis!

zizan tarik diri 3

Zizan hargai sokongan peminat.

"Zizan akan terus menyokong ABPBH dari luar gelanggang. All the best kepada semua calon.

"Terima kasih kepada pihak penganjur yang saban tahun mencalonkan Zizan dan terutamanya peminat yang mengundi sepanjang penganjurannya," ujarnya.

Zizan sebelum ini pernah beberapa kali memenangi anugerah di pentas ABPBH, kali terakhir dia membawa pulang trofi Artis Komedi Popular ABPBH32 yang berlangsung pada tahun 2019.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Zizan razak, tarik diri, abpbh34

Artikel Lain