suria

Alina Hassan tak goyang kaki walau dapat bantuan zakat, tetap guna bakat cari duit di Facebook live - “Nak busking tapi tak dibenarkan lagi”

Alina Hassan bekerja di sebuah kedai makan dengan membuat persembahan busking.

TERGOLONG dalam kalangan asnaf dan menerima bantuan zakat, penyanyi Alina Hassan tetap berusaha pelbagai cara bagi menambah pendapatannya.

Tidak mahu berserah kepada takdir dan mengharapkan bantuan semata-mata, Alina, 53, berkata dia juga melakukan persembahan nyanyian secara langsung di Facebook sementara belum boleh kembali bekerja di sebuah kafe di Setapak.

"Memang kita asnaf dapat bantuan daripada Zakat, MAIWP tapi kena juga usaha untuk sara kehidupan.

ARTIKEL BERKAITAN: Alina Hassan rupa-rupanya buta sebelah mata, gigih kumpul duit rawat katarak - “Saya cuba cari klinik caj tak mahal”

"Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya kerja dekat kafe, kedai makan, kerja busking tapi sekarang bos masih tak benarkan untuk buat busking lagi.

"Saya belum mula kembali bekerja, duduk rumah rumah buat live Facebook, lepas tu sertakan nombor akaun kepada sesiapa yang nak bagi sumbangan ikhlas,” ujarnya kepada mStar.

Image_1

Sebelum berpindah ke rumah PPR, Alina sempat menghuni sebuah bilik kecil.

Juara program Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 dan pemenang tempat ketiga Mentor Otai 2018 ini dikategorikan sebagai asnaf sejak Julai tahun lalu selepas mengalami kesempitan hidup akibat pandemik Covid-19.

Alina yang tinggal bersendirian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM300 sebulan dan memperuntukkan RM124 untuk sewa rumah sebulan dan selebihnya untuk keperluan lain.

Saya belum mula kembali bekerja, duduk rumah rumah buat persembahan live Facebook

ALINA HASSAN

PENYANYI

Dalam pada itu, penyanyi Dingin ini berkata, dia juga mengambil upah basuh baju, lipat kain dan menjaga anak jiran bagi menambah pendapatannya.

"Sebelum ni memang ada buat kerja ambil upah basuh baju, upah beli barang, lipat kain, jaga anak orang. Tapi sejak PKP ni orang ramai tak berani nak suruh orang masuk.

“Saya juga ajar anak-anak jiran mengaji al-Quran dan Iqra. Tak ambil upah, hanya bantu secara ikhlas sahaja,” ujarnya.

Pada Ogos tahun lalu, kisah Alina yang menghuni bilik kecil yang sempit mendapat perhatian masyarakat, masalah itu diselesaikan selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyewakan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada penyanyi tersebut

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain