suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alif Hadi reda tiada jodoh dengan Zizi Kirana, doa bahagia dengan Yusof Bahrin - “Mesti dia sudah fikir masak-masak”

Alif pernah mengakui rapat dengan Zizi sejak tujuh tahun lalu.

PERNAH menjalinkan hubungan rapat dengan Zizi Kirana, pelakon dan pengacara Alif Hadi mengakui agak terkejut dengan berita pernikahan penyanyi rap itu pada Ahad lalu.

Biarpun tujuh tahun berkawan rapat, Alif berkata, dia tidak dapat menghidu hubungan cinta yang terjalin antara Zizi dan pelakon Yusof Bahrin.

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tahun sembunyi hubungan, Alif Hadi akui cemburu jika ada lelaki minta nombor telefon Zizi Kirana - “Tidak semua orang tahu tentang kami”

ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana sah milik Yusuf Bahrin, rancang majlis resepsi Disember - “Hari Jumaat lepas baru kami dapat tarikh dan lokasi nikah”

"Apabila dapat tahu berita perkahwinan dia memang rasa terkejut juga. Kali terakhir berhubung dengan dia lebih kurang dua bulan lepas.

"Tapi saya tidak tahu tentang dia akan berkahwin ketika itu. Mungkin itu yang terbaik untuk dia dan mesti dia juga sudah fikir masak-masak," katanya kepada mStar.

Alif berkata, dia tidak mengetahui perancangan Zizi untuk mendirikan rumah tangga.

Pada Februari tahun lalu, Alif, 33 mengakui menjalinkan hubungan sangat rapat dengan Zizi sejak tujuh tahun lalu.

Dia turut mendedahkan berasa cemburu apabila ada lelaki terutama golongan artis dan ternama meminta nombor telefon penyanyi lagu EH itu.

Kami tidak bercinta tapi berkawan rapat dan dari dulu.

ALIF HADI

PELAKON

Sementara itu, Alif berkata, dia tidak berasa kecewa dengan berita itu dan menyedari tiada jodoh antara mereka.

Tambahnya, dia juga kini mempunyai perancangan hidup sendiri daripada segi kerjaya dan peribadi.

"Kami tidak bercinta tapi berkawan rapat dan daripada dulu lagi dan sebelum ini pun saya hanya kata tak akan menolak kalau ada jodoh antara kami. Tapi sekarang sudah tahu jodoh memang tidak ada sebab masing-masing pun sibuk.

Alif berkata dia menyokong perubahan Zizi ke arah yang lebih.

"Lagi pun sekarang saya sibuk dengan penggambaran dan 'outstation', jadi saya tidak fikir sangat.

"Jangan risau... sekarang saya pun lebih bahagia dari dulu. InsyaAllah bila tepat pada waktunya semua akan tahu juga," katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Adam Chempaka ini berkata, dia mendoakan dan menyokong perubahan Zizi ke arah yang lebih baik.

"Semoga perkahwinan dia kekal hingga ke anak cucu dan berjalan lancar serta dimurahkan rezeki.

"Saya hanya harapkan yang terbaik untuk dia sahaja," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain