suria

Ramai penyanyi jadi hero, Hafidz Roshdi tak rasa tergugat - “Watak utama beri tekanan besar... saya pernah lalui zaman itu”

Hafidz anggap semua orang mempunyai rezeki masing-masing.

KEHADIRAN ramai penyanyi yang kini bergelar pelakon dan mendapat watak utama dalam drama tempatan tidak membuatkan pelakon Hafidz Roshdi berasa tergugat.

Menurut Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, dia percaya semuanya berbalik kepada rezeki masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Posing patuh syariah, Hafidz Roshdi dipuji jaga aurat ketika bersenam - “Jangan tanya kenapa seluar dia tinggi”

Biarpun tidak memegang watak utama namun pelakon berusia 27 tahun ini tetap bersyukur kerana masih diberi rezeki dalam sesebuah projek drama.

Hafidz 3Hafidz akur kini memegang watak hero kedua.

"Dari awal saya mula berlakon, memang begini polanya di mana ramai penyanyi menjadi pelakon. Jadi saya tiada rasa tergugat, kerana saya yakin rezeki itu sentiasa ada.

"Malah sejak mula lagi, saya mengamalkan konsep rezeki di mana saya sifatkan lakonan ini sebagai satu rezeki bagi saya.

"Jadi kalau penyanyi diberikan kepercayaan sebagai pelakon, itu rezeki mereka. Siapa saya untuk menidakkan rezeki mereka.

"Alhamdulillah, sehingga sekarang, rezeki saya masih ada. Kalau tidak watak hero, saya diberikan watak hero kedua," katanya kepada mstar.

Apabila saya diberi peluang menjadi hero kedua pula, saya dapat teroka banyak watak.

HAFIDZ ROSHDI

PELAKON

Hafidz ditemui pada sidang media drama terbaharunya yang sedang ditayangkan di slot Akasia, Perisik Cinta Tak Diundang, pada Selasa.

Selain Hafidz, drama yang mempunyai 28 episod itu diterajui oleh penyanyi Andi Bernadee dan Shiha Zikir.

Dalam pada itu, Hafidz mengakui bukan mudah untuk memikul tanggungjawab sebagai watak utama dalam sesebuah karya.

Hafidz 2Hafidz membintangi drama tersebut bersama Andi dan Shiha.

"Bagi saya, menjayakan watak hero akan memberikan satu tekanan yang besar sebab saya sudah melalui zaman itu.

"Apabila saya diberi peluang menjadi hero kedua pula, saya dapat teroka banyak watak. Jadi soal tergugat itu, tiada,” ujarnya.

Perisik Cinta Tak Diundang bersiaran setiap setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam di slot Akasia, TV3.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain