suria

[VIDEO] Fatin Afeefa comel dan manja, Noki K-Clique tak tolak jika jodoh - “Kami rapat ketika plan lagu bersama”

DIGOSIPKAN mempunyai hubungan cinta bersama pelakon Fatin Afeefa, penyanyi rap Noki K-Clique tampil menjelaskan status mereka hanya sekadar kawan rapat.

Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 27, berkata, dia dan Fatin pada awalnya merancang untuk bekerjasama dalam sebuah lagu, namun hasrat itu tidak kesampaian atas sebab tertentu.

"Kami memang kawan, saya kenal Fatin sebab kami rancang nak buat lagu, tapi ada sebab-sebab tertentu lagu itu tak jadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Noki K-Clique diminati wanita berusia selepas menang AJL35, ada yang sanggup tulis komen tak senonoh!

"Kami kadang-kadang saja berhubung, kadang-kadang komen di Instagram dan ya, boleh cakap kami rapat sebagai kawan," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, kedua-dua artis ini digosipkan mempunyai hubungan istimewa kerana sering berbalas komen di Instagram.

kami-kawan-je-tak-percaya-tanya-dia-fatin-afeefa-berc1nta-dengan-noki-k-clique_61223b185bb21

Noki menjelaskan hubungan dengan Fatin hanya kawan rapat.

Dalam pada itu, ditanya tentang Fatin, Noki menyifatkan aktres itu seorang yang comel dan manja.

"Semua orang tahu kalau cakap Fatin tu comel dan bagi Noki dia manis, orang yang manja tapi kami cuma kawan.

Kalau sudah itu ketentuan Allah kami dijodohkan saya tak boleh nak tolaklah.

NOKI K-CLIQUE

PENYANYI RAP

"Kalau sudah itu ketentuan Allah kami dijodohkan saya tak boleh nak tolaklah. Tapi buat masa ini kami cuma kawan," ujarnya.

Dalam perkembangan kerjaya, Noki berkongsi pengalaman pertamanya berlakon drama Oh My Hantaran arahan Shuhaimi Lua.

Dia mengaku berasa janggal dan dalam proses untuk belajar mengurangkan perasaan gemuruh.

"Cabaran masa mula memang takut, tapi dengan bantuan pengarah dan pelakon lain saya dapat atasi nervous," ujarnya.

WhatsApp Image 2021-09-21 at 3.20.56 PM

Noki juga akui rasa gemuruh ketika masuk set penggambaran drama.

Selain Noki, drama itu turut dibintangi oleh Elisya Sandha, MK K-Clique, Alif Hadi dan Fazial Hussein.

Drama Oh My Hantaran akan bersiaran pada November depan di TV9.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain