suria

Dolla bangga jadi artis ketiga Malaysia terpapar di kota New York - “Kalau tiada Covid-19, kami dah ke sana ambil gambar”

Dolla menjadi selebriti Malaysia ketiga yang dipaparkan di papan iklan digital di New York Times Square yang dipamerkan pada Selasa.

SELEPAS wajah penyanyi Yuna dan Layla Sania menghiasi papan iklan digital terkenal di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS), kini giliran kumpulan Dolla merasai peluang terbaik itu.

Dolla yang ditubuhkan pada 2019 itu menjadi selebriti Malaysia ketiga yang dipaparkan di papan iklan digital di New York Times Square pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Dolla tiru Blackpink jadi perhatian media Korea Selatan - “Ramai yang komen positif terutamanya orang dari luar negara”

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih nasib individu terjejas PKP, Dolla cari yang betul-betul perlukan bantuan - “Ada yang terpaksa jual kedai sebab rugi”

Kumpulan yang dianggotai oleh Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel ketika dihubungi mStar meluahkan rasa teruja dan bangga dengan pencapaian itu.

"Alhamdulillah, kami gembira dan berasa bangga sangat lebih-lebih lagi kami artis ketiga dari Malaysia yang dapat peluang ini. Kalau tak ada Covid-19, kami dah ke sana ambil gambar.

"Bagi kami ini antara satu pencapaian terbaik Dolla sekaligus menjadi suntikan semangat untuk kami meneruskan karier seni ini ke peringkat yang lebih baik.

"Terima kasih banyak kami ucapakan kepada Spotify Asia dan Universal Music Malaysia... tanpa mereka mungkin kami tidak akan dapat merasa peluang ini," kata Sabronzo mewakili Dolla.

Dolla mula meraih perhatian peminat muzik Malaysia dengan lagu rancak berjudul Dolla Makes You Wanna dan Watch Me Glow.

Penampilan Dolla yang mewakili negara Malaysia pada papan iklan terkenal itu adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh penstriman digital tersohor dunia, Spotify.

EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang memperjuangkan kesamaan dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.

Ini antara satu pencapaian terbaik Dolla sekaligus menjadi suntikan semangat untuk kami meneruskan karier seni ini ke peringkat yang lebih baik.

SABRONZO

AHLI KUMPULAN DOLLA

Difahamkan terdapat 35 senarai lagu EQUAL nyanyian artis dari 50 negara, di mana Dolla merupakan wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura.

Terdapat juga senarai lagu terbaik global EQUAL atau the “best” EQUAL Global Playlist yang menyenaraikan artis-artis Equal dari serata dunia.

241810156_1164744607381996_3521404111998287942_n

Dolla bakal keluar single terbaharu berjudul Berani pada Jumaat.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai perkembangan terbaharu, Sabronzo berkata, mereka sedang menghitung hari untuk melancarkan single terbaharunya berjudul Berani pada Jumaat ini.

"Kami sangat teruja nak persembahkan Berani kepada para peminat yang sudah lama menantikan single terbaharu dari Dolla. Diharapkan Berani dapat sambutan yang baik dari peminat semua.

"Selain akan sibuk dengan promosi Berani, selepas ini masa kami juga akan banyak di studio untuk proses rakaman beberapa lagu yang telah tergendala sebelum ini.

"Jadi kami memang sudah bersedia dan bersemangat untuk kembali aktif," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain