suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Posing patuh syariah, Hafidz Roshdi dipuji jaga aurat ketika bersenam - “Jangan tanya kenapa seluar dia tinggi”

Perkongsian Hafidz Roshdi mendapat perhatian netizen.

PELAKON Hafidz Roshdi mencuri perhatian netizen selepas berkongsi fotonya menutup bahagian pusat ketika melakukan aktiviti bersenam.

Hafidz, 25, yang kini aktif dengan latihan seni mempertahankan diri Muay Thai berkongsi foto berkenaan di Instagram pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak jadi bapa, Hafidz Roshdi tak suka lepak lama-lama!

"Bersedia atau tak, saya datang," tulis Hafidz ringkas.

Rata-rata netizen memberi komen positif dan memuji pelakon drama Tundukkan Playboy Itu yang menjaga aurat seorang lelaki dengan memakai seluar sehingga ke paras pusat.



Hafidz aktif dengan latihan Muat Thai.

"Baguslah abang Hafidz ni tutup juga aurat... semoga berjaya dunia akhirat.

"Jangan tanya kenapa seluar dia tinggi. Dia tutup pusat... aurat tu. Posing patuh syariah," komen beberapa netizen.

Perkongsian itu mendapat 7,583 tanda suka (likes) dan lebih 50 komen.

Dalam pada itu, Hafidz memberitahu latihan Muay Thai tersebut sudah mencecah hari yang ke-105.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain