suria

Kaki Didi Astillah bengkak dan berdarah akibat digigit tikus - “Saya terkejut tikus gemuk lari dekat kaki sehingga terpijak!”

Didi Astillah terpaksa disuntik ketika mendapatkan rawatan.

PELAKON dan penyanyi Didi Astillah terpaksa dibawa ke klinik selepas kakinya cedera akibat digigit seekor tikus.

Menurut Didi atau nama sebenar Dayang Nazilah Awang Astillah, 24, insiden tersebut berlaku pada malam Isnin semasa dia keluar bersama teman-temannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ni dah kenapa?” - Didi Astillah naik meluat diganggu mesej lucah di Instagram

"Insiden ni jadi malam semalam. Masa keluar dengan kawan-kawan, kaki kena gigit tikus.

"Lepas tu pergi klinik kena suntik pula. Benda paling saya tak suka dari sekolah rendah dulu... dugaan," tulis Didi.

Berhati-hati di jalan ya ada tikus melintas.

DIDI ASTILLAH

PELAKON DAN PENYANYI

Penyanyi lagu Bersama Di Hari Raya ini berkata dia pada awalnya terkejut apabila seekor tikus berlari ke arahnya sehingga membuatkan dia terpijak haiwan itu.

Tambahnya lagi, jeritan Didi mungkin menyebabkan tikus tersebut terkejut dan menggigit kakinya sehingga berdarah.

"Masa baru sampai parking di Jalan Imbi berdekatan Sungei Wang, saya terkejut ada tikus gemuk lari dekat kaki saya dan saya terpijak dia.

"Lepas tu jerit kuat gila. Jadi, mungkin disebabkan jeritan tu kuat sangat tikus tu pun terkejut dan gigit kaki saya. Lepas tu tengok dekat kaki dah ada darah," jelasnya.



Didi Astillah berkongsi video sedang mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, Didi berkata kakinya kini mengalami bengkak namun berada dalam keadaan baik.

Didi sempat berpesan kepada pengikut Instagramnya supaya berhati-hati sewaktu berjalan untuk mengelakkan daripada digigit tikus.

"Terus panik kejap... bukan risau pasal sakit ke apa tapi takut kalau nanti jadi Tikus Woman. Tapi Alhamdulillah setakat ni okey saja. Cuma hari ni kaki bengkak.

"Jadi, berhati-hati di jalan ya ada tikus melintas," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Didi Astillah

Artikel Berkaitan

Artikel Lain