suria

Almy Nadia masuk hospital lagi, kali ini akibat batu karang di hempedu - “Dia sakit sangat sampai perut pun tak boleh pegang”

Datin Almy Nadia dimasukkan ke hospital akibat batu karang dalam hempedu.

SUAMI kepada pelakon Datin Almy Nadia iaitu aktor Datuk Fizz Fairuz memberitahu isterinya dimasukkan ke Hospital Columbia Asia di Setapak kerana menghadapi masalah batu karang dalam hempedu.

Fizz atau nama sebenar Mohd Fairuz Zainal Abidin, 40, berkata, Almy akan menjalani pemeriksaan pengimejan resonans magnet (MRI) bagi menentukan rawatan yang sesuai untuk membuang batu karang itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali keguguran, netizen cadang Almy Nadia henti buat ulasan makanan - “Itu amanah Allah dan rezeki untuk anak-anak saya”

"Dia ada batu karang dalam hempedu yang tak begitu kritikal tapi banyak dan halus-halus.

"Doktor syak batu karang tu dah jatuh ke dalam usus, jadi untuk kepastian, Almy akan menjalani pemeriksaan MRI.

Semalam dia sakit sangat sampai perut pun tak boleh pegang.

DATUK FIZZ FAIRUZ

PELAKON

"Lepas tu baru doktor akan buat keputusan sama ada nak buat pembedahan laser atau makan ubat sahaja," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Fizz berkata keadaan Almy atau nama sebenar Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah, 34, berkata, isterinya mengalami sakit perut yang teruk pada Isnin.

Bagaimanapun, keadaannya kini lebih baik selepas mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

"Alhamdulillah keadaan dia dah okey sikit berbanding semalam... kalau semalam dia sakit sangat sampai perut pun tak boleh pegang," ujarnya.



Fizz dan Almy bersama anak-anak mereka.

Almy sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital akibat keguguran kandungan yang baru berusia enam minggu pada 28 Mei lalu.

Aktres itu turut mengalami keguguran kali pertama pada Februari lalu semasa usia kandungan 14 minggu.

Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 5, Nur Afrina Aurora, 4, dan Nur Afrina Ayra yang kini berusia setahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain