suria

[VIDEO] Iqbal tersinggung kisah cinta dengan Vida jadi bahan jenaka... sampai ‘MeleTOP’ pun buat parodi - “Sedih isu serius orang buat main-main”

Aksi romantik Iqbal dan Vida jadi bahan jenaka netizen di media sosial.

KISAH cinta jadi bahan jenaka... bekas pembantu peribadi (PA) kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli mengakui tersinggung dengan tindakan segelintir pihak mempersendakan kontroversi mereka.

Kata Iqbal, 27, dia menyedari banyak content video yang dihasilkan oleh netizen di media sosial termasuklah program televisyen menggunakan kontroversinya itu sebagai bahan hiburan dan jenaka.

Mengakui pada awalnya terasa hati, Iqbal bagaimanapun berkata, dia memilih untuk kekal positif dengan usikan itu kerana menganggap hanya dia dan Vida sahaja mengetahui apa yang sedang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Bekas PA ‘ready’ masuk meminang... Vida minta jumpa keluarga ikut adat - “InsyaAllah dia boleh hamil lagi”

ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal rasa seperti bertepuk sebelah tangan, sedar diri Vida tidak serius nak kahwin - “Risau cinta dia tidak seteguh pengorbanan saya”

"Pagi-pagi lagi saya dah nampak orang kongsi video parodi tentang saya dan DSV... sebelum ini banyak juga video sinis mengenai kami di laman sosial.

"Sejujurnya saya sedikit terasa hati apabila isu serius ini orang buat main-main, sedih apabila tonton video-video sebegitu. Tapi bila fikir balik nanti orang kata saya hati tisu pula, sedangkan saya pun ada perasaan juga.

iqbal 4

Iqbal akui awalnya terasa hati menonton video parodi dihasilkan netizen di media sosial.

"Apabila ada orang jadikan ia bahan untuk gelak, saya rasa sedih tapi tak apa la kalau itu boleh buatkan mereka happy, saya pun tak boleh nak buat apa!" katanya kepada mStar.

Menerusi Instagram, Iqbal ada berkongsi beberapa video memperlihatkan netizen mengajuk semula aksi dan ucapan Vida semasa melakukan kejutan ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.

Saya pun tak tahu nak bercakap apa lagi sebab semua yang saya beritahu media adalah jujur!

AHMAD IQBAL ZULKEFLI

USAHAWAN

Malah, program hiburan MeleTOP juga tidak ketinggalkan menyiarkan video parodi berkaitan kontroversi mereka. itu.

Dalam video itu, Catriona Ross, Jihan Muse dan Danial Zaini dilihat melakonkan semula sebahagian aksi yang dimuat naik oleh Iqbal di Instagram sebelum ini.

iqbal 3

Penonton terhibur tonton aksi Catriona, Jihan dan Danial dalam Parodi MeleTOP.

Sementara itu, Iqbal menegaskan kisah cintanya dengan Vida bukanlah gimik atau sengaja dicipta untuk mengejar populariti.

"Saya kena hentam bertubi-tubi... sampai saya pun tak tahu nak bercakap apa lagi sebab semua yang saya beritahu media adalah jujur.

TONTON VIDEO PARODI MELETOP INI!

"Demi Allah, ini bukan marketing semata-mata meskipun benar beliau ada selitkan promosi produk dan saya memberitahu kepada DSV, jika saya lebih dikenali saya mahu bantu menaikkan sales syarikat beliau.

"Apa yang boleh saya kata, perancangan kami untuk berkahwin adalah bukan marketing," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Vida, Iqbal, DSV

Artikel Lain