suria

[VIDEO] Pakai baju terselak nampak dada, Janna Nick ‘pejam mata’ baca komen nakal netizen - “Saya bukan jenis kalau upload akan delete”

TERUK dikecam selepas berkongsi foto memakai pakaian yang terselak hingga menampakkan bahagian dada, pelakon Janna Nick tidak melenting malam menerima komen-komen netizen dengan hati terbuka.

Tidak berniat menegakkan benang yang basah, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Munir, 26, berkata, netizen mungkin terkejut dengan imej berkenaan berikutan sudah biasa melihat dia berpenampilan ‘boyish’.

Bagaimanapun Janna berkata, dia tidak akan memadam foto berkenaan daripada laman sosial Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupa-rupanya Janna Nick penghidap bipolar, akui pernah cuba bunuh diri - “Saya tak punya keluarga yang sempurna...”

"Kalau orang kata seksi saya terima, memang itu seksi la. Kalau ada yang kata itu biasa pun saya terima.

"Apabila kita sendiri memilih untuk upload gambar yang mengundang kecaman saya kena terima la, saya tahu memang akan ada kecaman.

JANIK

Janna akui perkongsian foto seksi tersebut mengundang kecaman netizen.

"Saya bukan jenis kalau upload akan delete balik jika kena kecam. Tapi apabila ada artis lain yang pakai tube dan seluar pendek tak ada pun orang datang bash.

"Mungkin orang terbiasa dengan imej saya sebelum ni yang agak boyish, jadi mereka terkejut tengok apabila saya kenakan pakaian yang agak seksi,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Janna ditemui pada sidang media secara virtual bersama mStar bagi promosikan drama Malaysian Ghost Stories yang diadakan secara maya pada Selasa.

Pada 31 Ogos lalu Janna memuat naik foto dia memakai blouse hingga mendedahkan sedikit bahagian dada di Instagram sempena Hari Kebangsaan 2021.

Saya bukan jenis kalau upload akan delete balik jika kena kecam

JANNA NICK

PELAKON

"Kemerdekaan bagi saya adalah apabila makan, berat badan saya tak akan naik.

"Gurau! Semoga kita semua 'merdeka' daripada virus Covid-19 ni ok. Jadi kita bebas ke mana-mana," tulisnya mengiringi posting berkenaan.

Foto berkenaan menerima lebih 100,000 tanda suka dan 3,000 komen yang rata-ratanya mengecam dan meminta dia memadam gambar berkenaan.

“Delete please seksa aku melihatnya.

“Maaf nak bagitahu sebelum post tu edit dulu gambar tu, cover dengan emoji ke, bukan apa banyak mata yang memerhati.

“Bawaklah bertaubat dunia dah nak kiamat, jangan banyak main sangat. Taubat sebelum terlambat!” antara komen netizen.

Sementara itu, pelakon drama Misteri Mona ini meminta orang ramai untuk mendoakan agar dia berubah menjadi insan yang lebih baik.

Tambahnya, sebagai manusia dia juga menginginkan satu pengakhiran hidup yang baik.

JANISAD

Janna tampil dalam siri drama Malaysian Ghost Stories pada episod Pocong.

"Jadi apa yang saya boleh katakan di sini, just doakan saya untuk jadi yang terbaik.

"Macam Zizi Kirana dulu imej seksi sekarang Alhamdulillah dah bertudung.

"Kita tidak tahu pengakhiran hidup seseorang," ujarnya.

Sementara itu, Malaysian Ghost Stories yang menghimpunkan 18 kisah seram lagenda ditayangkan secara eksklusif melalui saluran Astro Ria bermula 25 Ogos lalu.

Drama tersebut menampilkan sentuhan tiga pengarah berbeza yang terdiri daripada Izuan Mokhtar, Azhari Zain dan Eoon Shuhaini.

Selain Janna Nick barisan pelakon lain seperti Nazeera Sardi, Ellie Suriaty, Adam Shahz, Anna Jobling, Keith Foo, Kazar Saisi dan ramai lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain