suria

[VIDEO] Nabila Huda keluar duit poket beli prompter, netizen pula kasihankan anak - “Risau Keisha tiada job lepas ni”

Keisha (kiri) membantu ibunya memegang plakad skrip Melodi.

DEMI menjalankan tanggungjawab sebagai pengacara dengan baik walaupun bekerja dari rumah, pelakon Nabila Huda sanggup mengeluarkan duit poket sendiri bagi membeli peralatan seperti di studio.

Nabila yang juga pengacara program hiburan Melodi ini berkata, dia tidak berkira untuk berbelanja lebih asalkan dapat memberi keselesaan kepadanya ketika bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN:Nabila Huda hanya ‘roll eyes’ Keisha ajak cakap Mandarin di rumah, bangga anak fasih bertutur macam pro!

"Sekarang masih lagi hosting secara virtual. Belum boleh masuk studio. Saya beli sendiri kelengkapan ni... tak ada siapa suruh beli pun.

"Ini dipanggil effort yang kena ada pada setiap bintang. Buat benda bersungguh-sungguh. Apa pun kerja, sejak dulu saya memang akan go all out. Saya mahukan yang terbaik," katanya kepada mStar.

Pada Isnin, pemilik nama penuh Nabila Huda Suhaimi, 37, ini memberitahu dia baharu sahaja membeli sebuah teleprompter iaitu alat bantu baca bagi memudahkannya mengendalikan program hiburan itu secara visual dari rumah.

Menurut Nabila, peralatan itu memberi keyakinan dan menjadikannya lebih kreatif dalam bidang pengacaraan yang baharu diceburinya itu.

“Pada saya, walaupun virtual saya kena nampak presentable dan saya perlu fikir lebih kreatif macam mana nak bergerak ke sana sini.

Sejak dulu Abil memang akan go all out. Saya perlukan yang terbaik.

NABILA HUDA

PELAKON/PENGACARA

Energy level kena hype... saya tak mahu duduk dan nampak awkward. Saya pun rasa tak selesa”

“Saya pejam mata je beli semua peralatan ini. Saya percaya kalau saya berhabisan untuk hasil yang baik mesti rezeki lain akan datang. Sekarang saya dah ada prompter, saya dah boleh buka production sendiri,” ujarnya berseloroh.

Sementara itu bercerita lanjut tentang program berkenaan, Nabila yang baru sebulan mengendalikannya mengakui semakin selesa dan mendapat rentak tersendiri.

236492617_1294533140981483_630557005436995046_n

Nabila akui semakin selesa mengendalikan program Melodi.

Tambahnya, penerimaan penonton dan netizen juga serba sedikit membantu memperbaiki dirinya dalam bidang pengacaraan.

"I'm still learning tapi dah semakin sesuai dan faham rentak. Saya kenal setiap story yang saya sampaikan dan ada artis yang memang rapat.

“Mereka pun kenal saya, mereka tahu saya tak cakap merepek atau menyinggung perasaan sesiapa.

“Saya juga bersyukur respons positif daripada penonton. Yang penting mereka enjoy setiap minggu,” ujarnya.

227565169_905880990327945_276244123231977685_n

Suasana belakang tabir ketika Nabila mengacarakan Melodi di rumah.

Rata-rata pengikutnya di Instagram turut memuji kesungguhan Nabila dalam memberikan yang terbaik dalam setiap kerja yang dilakukannya.

Malah ada juga yang bergurau menyatakan rasa kasihan kepada anaknya, Keisha Laila, 11, kerana hilang kerja selepas Nabila menggunakan teleprompter.

"Sangat senang, tak perlu Keisha jadi manual prompter. Risau Keisha tiada job lepas ni.

"Salute sangat-sangat dengan effort artis macam ni.

"Fuhh... dah profesional set up at your place!," kata beberapa netizen termasuk rakan selebriti.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Kes Covid-19 dijangka meningkat - KJ