suria

Peluang anda menang RM50,000! Teka nama penyanyi dan tajuk lagu selepas klip ‘Hujan Duit Suria’

Hujan Duit Suria, pendengar Suria FM berpeluang memenangi hadiah lumayan dan pelbagai hadiah bonus menarik berjumlah RM50,000.

HANYA perlu meneka tajuk lagu dan nama penyanyi menerusi klip audio Hujan Duit Suria, pendengar Suria FM berpeluang memenangi hadiah lumayan dan pelbagai hadiah bonus menarik berjumlah RM50,000.

Pendengar hanya perlu meneka nama penyanyi dan tajuk lagu ketika klip audio Hujan Duit Suria dimainkan dalam lagu-lagu yang ke udara dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam bermula 6 September hingga 15 Oktober 2021 ini.

Sekiranya jawapan betul anda akan membawa pulang wang tunai RM100 dan jika jawapan yang diberikan salah, wang akan digandakan ke segmen seterusnya.

Penyampai Suria

Barisan penyampai radio Suria FM.

Selain itu, pemenang juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah elektronik berjenama di waktu bonus. Menarik bukan!

Selepas mendengarkan isyarat memanggil, hantarkan butiran peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat emel dan #HujanDuitSuria ke WhatsApp Suria 017-8961053.

Penyampai Suria pada waktu tersebut akan menghubungi penghantar WhatsApp ke lapan dan mereka perlu memberikan jawapan nama tajuk lagu dan nama penyanyi dengan tepat dalam masa 10 saat.

DJ LIN

DJ Lin berharap ramai penyertaan daripada pendengar setia Suria FM.

Selain itu, pendengar juga dapat menyaksikan gelagat penyampai Suria dan rakan selebriti menerusi Live Chit Chat Suria setiap Isnin, Rabu dan Jumaat pada jam 9.30 malam di Instagram Suria Malaysia yang bermula bermula pada 30 Ogos hingga 15 Oktober ini.

Antara barisan selebriti yang akan memeriahkan program ini ialah Siti Nordiana, Naim Daniel, Amyra Rosli, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Lan Solo, Dato Hattan, Amir Masdi, Aina Abdul, Daiyan Trisha, Haqiem Rusli, Shuib Sepahtu, Wany Hasrita dan ramai lagi.

Chit Chat Suria Logo

Saksikan gelagat penyampai Suria FM dan artis kegemaran anda dalam Chit Chat Suria.

Untuk maklumat lanjut layari laman web suria.my dan akaun media sosial Suria Malaysia.

Kekal dirumah dan tetap berhibur bersama Suria Malaysia dengan memuat turun dan melanggan aplikasi Suria Malaysia di App Store dan Google Playstore.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain