suria

[VIDEO] Peminat tak sabar tunggu berita gembira, Syamel, Ernie Zakri janji tak sorok jika benar hamil - “Apabila ada... kami akan beritahu”

SERING ditanya soalan sama berkaitan kehamilan gara-gara perubahan fizikal, penyanyi Ernie Zakri sekali lagi menafikan dirinya kini sedang berbadan dua.

Mempunyai perancangan menimang anak pertama, Ernie, 29, bagaimanapun berkata, waktu ini bukanlah masa yang sesuai memandangkan masih bersedih dengan pemergian ibu mentuanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Rakaman suara arwah ibu pesan baca doa jadi pengubat rindu Syamel - “Rupa-rupanya terlalu singkat masa kita ada”

Namun bergitu, isteri kepada penyanyi Syamel ini mengharapkan peminat mendoakan mereka dikurniakan rezeki cahaya mata dalam masa terdekat.

ernie 2

Ernie masih bersedih atas pemergian ibu mentuanya pada Ahad lalu.

"Siapa saja yang sudah berkahwin mesti mahu menimang cahaya mata dan sudah tentu itu perancangan saya dan Syamel.

"Kalau boleh lepas kahwin nak cepat-cepat dapat anak. Cuma waktu sekarang ini, tengah dalam kesedihan dan ketiadaan umi.

"Tolong doakan saya supaya cepat ada rezeki untuk ada anak bersama Syamel. Mungkin rezeki suami saya beri makan itu sebabnya (perubahan fizikal)," katanya kepada mStar.

Kami tak ada masalah untuk berkongsi berita gembira.

SYAMEL

PENYANYI

Penyanyi lagu Ku Bersuara itu ditemui ketika sesi temu bual bersama media selepas majlis tahlil untuk arwah ibu mentuanya, Wan Faaizah Karim pada malam, Khamis.

Allahyarham meninggal dunia pada Ahad lalu selepas dua bulan dirawat di sebuah pusat perubatan di ibu kota akibat kekurangan oksigen.

Sementara itu, Syamel pula berkata, dia akan berkongsi berita gembira itu kepada peminat sekiranya Ernie benar-benar hamil.

ernie 1

Syamel dan Ernie akan berkongsi berita gembira dengan semua orang.

"Kami tak ada masalah untuk berkongsi berita gembira. Kalau ada nanti kami sendiri yang akan beritahu kepada semua orang.

"Kami tidak akan merahsiakan, bila ada (hamil) masa yang sesuai, saya dan Ernie akan beritahu supaya semua orang boleh doa yang baik-baik," ujarnya.

Untuk rekod, Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain