suria

Isteri pelakon kerdil Badrol Shah meninggal dunia selepas 23 hari ditidurkan

Badrol reda dengan pemergian isterinya.

SELEPAS 23 hari ditidurkan, isterinya pelakon kerdil Badrol Shah iaitu Farah Sheila Mazlan, 37, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.15 pagi, Khamis akibat positif Covid-19.

Allahyarham yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur menghembuskan nafas terakhir selepas dijangkiti Covid-19 varian Delta pada awal Julai lalu.

Badrol atau nama sebenar Badrol Shah Abdul Manan, 39, berkata, dia sempat membacakan dua kali syahadah untuk isteri tersayang ketika doktor membuat panggilan video sekitar pukul 8 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mertua Badrol Shah pengsan dapat berita kematian anak, bergegas datang KL - “Doktor minta maaf salah beri info... isteri masih kritikal”

Pernah berlaku kekeliruan dan salah maklumat tentang status isteri pada 10 Ogos lalu, pelakon berusia 39 tahun berkenaan kali ini reda dengan pemergian Allahyarham.

Badrol 1Badrol turut berkongsi perkara itu di Instagram.

“Isteri saya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.15 pagi tadi di hospital selepas 23 hari ditidurkan akibat Covid-19. Sekarang ini pihak hospital yang akan uruskan jenazah. Jadi tak pasti lagi akan dikebumikan di mana.

“Mungkin selepas solat Zohor barulah akan kebumikan jenazah arwah isteri saya. Dalam pukul 8 pagi tadi doktor ada buat panggilan video, dan saya sempat membacakan dua kalimah syahadah untuk arwah.

“Kali pertama masa pihak hospital membuat kesilapan mengatakan isteri sudah meninggal itu memang saya tak dapat terima. Tapi kali ini, saya serta seluruh keluarga sudah reda dengan pemergiannya,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Mungkin selepas solat Zohor barulah akan kebumikan jenazah arwah isteri saya.

BADROL SHAH

PELAKON

Terdahulu pelakon filem Busut Bonang itu berkongsi berita sedih mengenai pemergian isterinya yang juga seorang guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat, Kuala Lumpur pada Khamis di Instagram.

Pada 10 Ogos lalu, Badrol memberitahu isterinya sudah meninggal dunia selepas mendapat maklumat daripada pihak hospital.

Namun selang beberapa hari berlaku kesilapan dan kekeliruan apabila doktor memaklumkan isterinya masih hidup namun berada dalam keadaan krtikal selepas ditidurkan pada 2 Ogos lalu.

Badrol 2Badrol bersama isteri dan anak-anak.

Menerusi laporan mStar pada 12 Ogos lalu, Badrol berkata dia sendiri trauma dengan perkara itu selepas dikejutkan dengan maklumat salah bahawa isterinya sudah meninggal dunia.

Badrol turut menjaga tiga anak perempuan hasil perkahwinan pertama isterinya iaitu Putri Farah Nordina Dania, 12, Putri Farah Nordina Zawana, 11, dan Putri Farah Norhaziqah, 7 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain