suria

Naqiu kembali ke pangkuan Boboy, lagu ‘leleh’ jadi taruhan kemunculan semula

Naqiu kembali bersama anggota kumpulan Boboy.

HAMPIR dua dekad hilang daripada radar industri hiburan, kumpulan yang popular sekitar awal tahun 2000-an, Boboy kini kembali dengan lagu baharu.

Bertajuk Tetap Bersama hasil ciptaan Naqiu dan lirik oleh Wit serta Mohsen itu akan dilancarkan di platform penstriman digital bermula 22 Julai 2022.

Selaku vokalis, Naqiu atau Wan Naqiuddin Mohd Najib, 36, berkata, lagu itu dibuat mengikut cita rasa pendengar masa kini, namun tetap memiliki identiti kumpulan Boboy.

Katanya, cara itu dapat mengubati peminat yang sememangnya sudah mengenali Boboy dengan genre muzik sebegitu.

Boboy 3

Boboy melancarkan single bertajuk Tetap Bersama.

"Lagu ini boleh dikatakan pop 'leleh'. Kami tidak mahu memori peminat tentang jenama dan perjuangan Boboby berubah hanya kerana ingin mencuba sesuatu yang baharu.

"Kami mahu peminat masih dapat mengaitkan lagu ini dengan lagu-lagu Boboy yang pernah mereka kenal 20 tahun dulu. Namun, susunan dan penerbitannya saja lebih matang dan moden serta seiring perubahan masa," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Naqiu rasa janggal jadi pasangan Elizabeth Tan - “Hero macam ni... heroin pula lawa betul!”

ARTIKEL BERKAITAN: Naqiu (Boboy) beristeri dua? - “Usia anak-anak pun rapat, bila masa pula saya kahwin lain”

Kehadiran lagu baharu itu seiring dengan usaha Boboy yang kini sedang dalam rangka projek membuat kemunculan semula.

Untitled design (69)

Naqiu akhi bergerak secara solo selepas bergelar juara Gegar Vaganza 2019.

Selepas muncul dalam program Konsert Minggu Ini di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) 14 Mei lalu, Boboy menjadikan ia sebagai langkah pertama untuk bersatu semula di atas pentas.

"Saya bersyukur projek reunion dengan abang-abang saya ini menjadi kenyataan akhirnya. Pada mulanya saya menjangka reunion pada hujung 2021, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana komitmen jadual yang padat.

"Alhamdulillah, semua urusan dipermudah dan projek reunion pun bermula sejak April lalu dengan melakukan latihan muzik secara konsistan dan mengkaji trend baharu," katanya.

Kami mahu peminat masih dapat mengaitkan lagu ini dengan lagu-lagu Boboy yang pernah mereka kenal 20 tahun dulu.

NAQIU

PENYANYI

Naqiu bagaimanapun tidak menolak dirinya berasa ragu-ragu untuk membuat persembahan secara berkumpulan memendangkan lebih banyak bergerak secara solo.

"Sepanjang tiga tahun sebelum ini saya banyak membuat persembahan sendiri. Jadi, untuk muncul dengan kumpulan itu agak kurang yakin.

"Namun disebabkan permintaan peminat, saya jadikan ia sebagai pembakar semangat dan terus sahaja," terangnya.

Boboy 2

Boboy yakin kemunculan semula diterima baik peminat.

Selain Naqiu, kumpulan tersebut turut dianggotai oleh Shah (Shah Azrizal Kamaruzaman, 38) gitar utama, Didi (Mohd Addinan Azmi, 38) bermain bass dan Dzul (Dzulhamdi Badrom, 38) dram.

Antara lagu Boboy yang popular ialah Demi Masa, Janji Seorang Kekasih, Cinta Melayang-Layang, Dalam Benci Ada Rindu dan Berakhirnya Episod Cinta.

Kumpulan Boboy juga pernah membintangi dua filem, Semarak Naga dan Boboy The Movie.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain