suria

Meer Nash teruja nyanyi lagu ‘Wau Bulan’ di China, oppa Melayu bangga dapat kecek Kelate

PENYANYI Meer Nash meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang muncul dalam sebuah program televisyen di China, pada 29 Mac lalu.

Dalam program Sound of the China Sea yang berlangsung di Hannan itu Meer Nash mewakili Malaysia mendendangkan lagu ‘Wau Bulan’ bersama rakan duet Kat Roshan.

Kata Meer Nash, apa yang melucukan pada awalnya dia tidak begitu pandai bertutur di dalam loghat Kelantan, namun selepas berlatih menyanyikan lagu tersebut dia mula memahami slang negeri tersebut.

Bercakap mengenai kerjaya, Meer Nash memberitahu bahawa dia lebih selesa bergerak sendiri tanpa pengurusan.

Dia bagaimanapun tidak menolak sekiranya ditawarkan peluang oleh mana-mana syarikat rakaman.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi